Adakah Si Dia Sudah Bersedia Untuk Menjadi Seorang Suami? Jom Ketahui.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki dikatakan agak lambat untuk mengalami tahap kematangan. Jadi ketika jalinkan hubungan dengan mereka ini, pasti anda tertanya-tanya sekiranya pasangan anda itu sudah matang ataupun belum. Hal ini kerana, wanita lebih cepat matang berbanding lelaki, maka keinginan untuk dirinya berumah tangga lebih cepat terasa berbanding lelaki. Nmaun begitu, kadang kala seorang lelaki masih belum matang tetapi sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Jadi, mari kita ambil tahu jika teman lelaki anda sudah bersedia untuk menjadi seorang suami atau belum?



1. Dia masih mementingkan kepentingan peribadinya.

Setiap orang pasti mempunyai matlamat dalam hidupnya. Jadi ia merupakan keutaman dalam dirinya. Tidak salah untuk mengejar keutamaan dalam hidup seperti, pekerjaan yang baik, kehidupan yang selesa atau apa sahaja yang baik di masa hadapan. Namun, kepentingan seperti berseronok bersama rakan-rakan, sibuk dengan permainan video game atau suka membunag masa itu adalah menandakan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk menjadi seorang suami.

2. Lebih memandang fizikal berbanding hati pasangan.

Jika pasangan anda seorang yang matang mungkin dirinya akan lebih memandang hati berbanding bentuk fizikal. Tetapi jika ia masih mengkritik rupa paras seseorang bahkan rupa paras anda, ia menandakan bahawa dirinya masih lagi belum bersedia untuk menjadi suami. Mana tidaknya, selepas berkahwin nanti, anda akan mengalami banyak perubahan bentuk fizikal terutama selepas melahirkan anak.


3. Tidak sukakan komitmen.

Ini adalah tanda paling ketara, di mana dia masih tidak mahu terikat dengan mana-mana komitmen yang dia rasakan menyusahkan. Dia lebih suka hidup bebas dan hanya menguruskan keperluan dirinya sahaja. Ini menandakan bahawa dirinya msih belum boleh memikul tanggungjawab serta menjaga seseorang dengan baik.

4. Dia tidak menghormati prinsip, pandangan serta pendapat anda.

Setiap orang mempunyai pandang yang tersendiri serta berbeza terhadap sesuatu perkara. Tetapi sekiranya dia tidak mempercayai pandangan anda itu tidak mengapa. Namun, jika ia mula memperlekehkan pandangan anda serta mula tidak menghormati segala prinsip anda itu menandakan bahawa dia masih lagi belum bersedia untuk menjadi seorang suami. Malah, dirinya juga cuba menyerang pandangan anda serta tidak mampu berkompromi dengan baik.

Itu adalah tanda-tanda bagi lelaki yang masih belum bersedia menjadi seorang suami. Mencari seseorang yang betul-betu tepat pasti agak sukar. Namun, jangan pernah menyerah kalah dan teruskan usaha.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen