Jangan Kerap Lakukan 6 Perkara Ini Pada Pasangan, Jika Tidak Mahu Mereka Merajuk Berpanjangan.

Lelaki dan wanita, dua-dua sahaja suka merajuk dengan pasangan. Tidak sah jika dalam hubungan itu, tiada rajukan dari pasangan kerana ia bagaikan untuk mengenali pasangan dengan lebih rapat. Jika anda dapat memujuk pasangan, pasti hati mereka berbunga-bunga.

Pada pasangan, jika sudah mengetahui beberapa perkara yang tidak disukai oleh si dia, jangan lah pula kerap melakukannya. Ini kerana ia dapat membuatkan hati pasangan menjadi tawar, jika terlambat memujuk dan tidak betul caranya pasti akan mengundang hubungan yang berantakan.



Jadi, seboleh-bolehnya JANGAN lakukan 6 perkara ini pada pasangan..

1. Jangan puji orang luar.

Jangan sesekali puji orang luar seperti jiran, saudara atau sesiapa saja secara berlebihan. Ini akan membuatkan pasangan akan merasa seperti dibandingkan. Jangan bangkitkan api cemburu dan kemarahan pasangan jika mahukan keluarga yang harmoni.

2. Jangan tinggikan suara.

Jangan sesekali menjerit dan meninggikan suara kepada pasangan anda. Perbuatan ini adalah sangat kurang sopan baik lelaki mahupun perempuan. Sebaiknya gunakan bahasa yang lembut dengan nada yang rendah agar tidak mengguris hati pasangan anda. Penting untuk menjaga hati antara satu sama lain untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.

3. Jangan abaikan pasangan.

Sentiasa ibaratkan pasangan seperti kawan yang paling rapat dengan kita, bercerita dan berkongsilah tidak kira apa pun cerita dengan pasangan anda. Sentiasa berusahalah untuk menjadi pendengar yang baik jangan sesekali abaikan bila pasangan anda ingin meluahkan perasaan mereka.



4. Jangan berbohong.

Perkara yang paling PANTANG dalam hubungan dan sangat penting untuk menjaga hati pasangan. Jangan sesekali cuba untuk berbohong dengan pasangan anda. Sekali anda melakukan perkara tersebut, ia dapat mengurangkan rasa percaya pada pasangan. Si dia akan berasa was-was pada anda di kemudian hari.

5. Jangan selalu menjauhkan diri dengan pasangan.

Ada hal penting sahaja, terus meninggalkan pasangan apatah lagi jika bergaduh. Jangan biasakan diri untuk sentiasa berjauhan dengan pasangan. Dan jangan selalu berfikir “Alahhh..dia dah besarkan, boleh jaga diri sendiri…” Jadi, apaguna berpasangan jika sentiasa mahu berjauhan sahaja? Adakah peranan anda sebagai pasangan, memang untuk berjauhan?

6. Jangan pentingkan diri sendiri.

Sebaiknya mengakui kesilapan yang telah dilakukan, sentiasa memohon maaf pada pasangan setiap kali buat salah. Sikap pentingkan diri hanya akan membawa bencana di dalam hubungan. Cabaran dalam percintaan malah dalam perkahwinan adalah salah satu cara yang boleh mematangkan kita. Kematangan dan cara kita berdepan dengan masalah serta bagaimana rasionalnya kita menghadapinya adalah kunci mengekalkan hubungan yang bahagia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen