Pikat Teman Wanita Atau Isteri Anda Dengan 6 Perbuatan Ini Untuk Membuatkan Mereka Tidak Senang Duduk.

Kebiasaannya lelaki mudah tergoda pada setiap kelakuan wanita dan mudah untuk rasa suka jika kelakuan tersebut kena pada mata mereka. Wanita juga mempunyai ‘favorite’ pada mana-mana habit atau perbuatan lelaki, yang mampu membuat mereka resah dan tidak senang duduk. Malah sehingga membuatkan kaum wanita tersenyum tersipu-sipu mengingatkan kembali perbuatan lelaki tersebut.



Jom kita lihat antara 6 perbuatan lelaki yang boleh mengundang wanita tidak senang duduk…

1. Mengusik misai atau jambang.

Kadang-kala lelaki yang memiliki jambang dan misai, gemar untuk mengusik atau menguis jambang tersebut. Lelaki ini seolah-olah menggaru dagunya, padahal tidak. Tanpa anda sedar, ia telah menarik perhatian wanita dan boleh dianggap seksi pada mata mereka. Oleh sebab itu, majoriti wanita gemar lelaki yang berjambang, menurut kajian.

2. Melipat lengan kemeja.

Majoriti wanita memang mudah tertarik pada lelaki yang memakai baju atau kemeja lengan panjang, kemudian disinsingkan hingga ke siku. Tidak tahu apakah sebab konkrit wanita suka dengan kelakuan lelaki sebegini, namun ia memang menarik perhatian ramai wanita, jika pandang lama-lama pun mereka tidak jemu.

3. Membetulkan jam tangan atau tali leher.

Dalam diam, wanita suka melihat lelaki membetulkan jam tangan atau tali leher. Hanya perbuatan kecil ini sahaja sebenarnya sudah memadai untuk memikat wanita, jika anda buntu bagaimana untuk mencuri hati mereka. Jika anda telah berkahwin, isteri anda akan melihat dalam diam di belakang melalui cermin di depan anda.



4. Kedua-dua lengan anda diletakkan di atas peha, ketika duduk berbincang.

Posisi ini lebih membuatkan lengan anda nampak berotot. Seperti yang kita tahu, wanita memang suka melihat otot-otot pada lengan lelaki, dan juga seperti point nombor 2 – ditambah pula dengan sinsingan lengan baju. Posisi ini juga membuat anda lebih kelihatan maskulin kerana anda seperti sedang berfikir.

5. Berbual sambil meletakkan tangan di palang pintu atau dinding.

Menurut kajian, lelaki yang berbual sambil berpeluk tubuh sebenarnya membosankan pada pandangan wanita. Wanita lebih teruja apabila melihat lelaki yang sedang berbual itu dalam keadaan berdiri dan meletakkan tangan pada palang pintu atau dinding. Ditambah pula, tangan lelaki tersebut mempunyai urat-urat yang kelihatan, memang tidak senang duduk dibuatnya.

6. Memanggil nama sambil bertentangan mata.

Wanita juga amat lemah apabila seorang lelaki memanggil nama manja mereka dengan bertentangan mata. Bagi mereka, jantungnya seperti luluh kerana tindakan lelaki tersebut, lebih-lebih lagi sekiranya lelaki tersebut memanggil dengan panggilan ‘Baby’ atau ‘Sayang’. Pasti tidak tidur lena pasangan anda ini nanti.

Selamat Mencuba!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen