Jika Teman Wanita Mempunyai 5 Sikap Ini, Anda Harus Segera Meminang Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika sudah jumpa yang serasi, yang pandai ambil hati, serta yang memahami, nak tunggu apa lagi? Jangan tunggu lama-lama, takut nanti diambil orang. Yang baik sudah ada di depan mata untuk apa mencari yang lebih baik? Sebagai seorang lelaki, jika pasangan anda mempunyai 5 ciri ini, anda harus segera meminang dirinya. Mengapa? Hal ini kerana, tidak ramai wanita lain yang akan mempunyai sifat yang ada pada dirinya. Jadi bila sudah ada mengapa hendak dilepaskan. Tetapi sikap apa yang harus ada pada dirinya? Jom ketahuinya.



1. Pandai bergaul dengan ahli keluarga serta ibu bapa anda.

Perkara yang paling utama adalah penerimaan ibu bapa anda terhadap dirinya. Jika dia pandai mengambil hati orang tua anda, itu bermakna dirinya benar-benar ingin tahu mengenai anda lebih dekat lagi. Bahkan, anda jangan lupa, restu orang tua itu penting sebab itu anda perlu lihat cara dirinya melayani ibu bapa anda.

2. Sikap tidak ragu-ragu atau memaksa anda.

Jika dia percaya kepada anda serta bersikap lebih tenang dalam perhubungan tanpa memaksa anda untuk segera berkahwin dengannya atau segera meminang dirinya, maka anda perlu menjaganya dengan baik. Mana tidaknya, jika anda melepaskan wanita seperti ini, pasti sukar untuk anda temuinya. Jadi jika jumpa yang memiliki sikap seperti ini jangan pernah lepaskan dirinya. Hal ini kerana dirinya percaya akan anda.

3. Mudah bergaul dengan rakan anda tetapi tidak berlebihan.

Dirinya bukan sahaja menerima anda atau keluarga anda sahaja, tetapi dia juga menerima anda serta rakan-rakan anda. Pandai bergaul dengan rakan-rakan anda tetapi pada masa yang sama dia masih lagi menjaga batas-batas pergaulan tersebut. Di mana dia tidak akan melayani rakan-rakan anda sekadar berlebihan, ia cukup sekadar sebagai seorang rakan baginya.


4. Sikap yang sedia mendengar masalah anda tanpa sebarang prajudis.

Apabila anda mencari seseorang untuk mengadu, dirinya adalah orang pertama yang akan anda fikirkan. Hal ini kerana, dirinya begitu setia mendengar bahkan tidak akan bersikap prajudis terhadap masalah anda. Sikap dirinya itu membuatkan anda merasakan didengari dalam setiap masalah yang anda alami. Bahkan anda merasa selesa dalam meluahkan segala perkara terhadap dirinya.

5. Bukan hanya sebagai pasangan tetapi juga sebagai sahabat karib.

Hubungan bertambah selesa apabila dirinya itu bukan hanya menjadi seorang pasangan yang melengkapi hidup anda tetapi dia juga bertindak sebagai rakan karib anda yang anda percaya. Dia boleh jadi kepada rakan yang memahami segala anda fikirkan ataupun dia sentiasa menjadi penyokong baik terhadap kerjaya dan hobi anda.

Tidak mudah untuk menjumpai seseorang seperti ini, tetapi jika anda sudah menjumpai jangan pernah tangguhkan niat anda. Jika tidak anda mungkin akan kehilangannya. Ada perlu tahu orang yang seperti ini ramai yang menanti, jika anda lambat pasti akan anda yang mendahului anda.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen