Wahai Wanita, Jangan Terlalu Mengejar Si Lelaki…..

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak salah sekiranya wanita yang memulakan langkah terlebih dahulu. Tetapi anda seharusnya menarik perhatiannya bukannya mengejar dirinya. Jika anda sudah berjaya menarik perhatiannya, biarkan dirinya yang membuat langkah seterusnya. Langkah yang bagaimana? Seperti, memulakan perbualan yang lebih dekat, memulakan langkah ke arah yang lebih serius atau apa sahaja. Langkah untuk anda hanya cukup sekadar sebagai seorang rakan sahaja. Banyak keburukkan jika seorang wanita itu terus menerus mengejar seorang lelaki. Mari kita ketahui keburukkannya.



1. Lelaki sukakan cabaran, jadi sikap anda yang suka mengejarnya menyebabkan dia kurang meminati anda.

Mungkin mereka ini akan berasa bangga apabila anda mula mengejar dirinya dan mula mengambil langkah terlebih dahulu. Tetapi lama ke lamaan, dirinya akan mula bosan dengan anda. Mana tidaknya, corak perhubungan akan menjadi mendatar kerana dirinya merasakan tiada cabaran dari pihak anda. Lain lah jika dirinya yang cuba memiliki anda, pasti ia akan lebih menghargai anda.

2. Mungkin anda memilikinya tetapi hatinya belum tentu milik anda.

Jangan ingat apabila anda berjaya memiliki seseorang itu bermakna anda berjaya memiliki hatinya. Mungkin sahaja, dirinya hanya mahu mempermainkan diri anda sahaja. Hal ini kerana, anda kelihatan begitu beria-ria untuk menambat hatinya. Bahkan dia juga lihat anda begitu mudah untuk ditipu dan dipermainkan.

3. Mereka akan mula pandang rendah terhadap anda.

Siapa sangka selepas anda mula mengejar seorang lelaki, pandangan mereka akan mula berubah terhadap anda. Mereka ini akan mula memandang rendah terhadap anda kerana kelakuan anda yang dikira sebagai tidak tahu malu. Mungkin anda tidak merasakan begitu tetapi mereka ini sebaliknya. Bukan itu sahaja, anda perlu tahu, anda mempunyai satu maruah yang begitu berharga yang perlu dijaga.


4. Apabila anda mula mengejar dirinya, anda lupa akan kebahagiaan diri anda sendiri.

Terlalu taksub untuk memilikinya sehingga anda begitu mementingkan kebahagiaan dirinya, sehinggakan anda telah mengabaikan kebahagiaan anda. Mungkin dia adalah perkara yang perlu anda capai untuk memenuhi kebahagiaan anda, tetapi anda harus tahu bahawa banyak perkara lain yang mampu membuat anda bahagia. Jadi bahagiakan diri anda terlebih dahulu sebelum ingin bahagiakan orang lain.

5. Mereka tidak akan serius terhadap anda.

Apa yang paling utama yang anda perlu tahu dalam mengejar cinta seorang lelaki ini adalah dirinya tidak akan serius terhadap hubungan yang dibina. Mereka beranggapan bahawa anda terlalu mudah untuk dimiliki. Bukan itu sahaja, mereka juga akan berpendapat bahawa anda bukan orang yang disukainya.

Jadi, biar lah biasa-biasa sahaja dalam mencari pasangan. Jangan terlalu mengejar mereka yang tidak sudi ini. Percaya dan yakin bahawa seseorang yang tepat akan hadir apabila tiba masanya.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen