“Banyak Kes Perceraian Berlaku Disebabkan Kegagalan Menguruskan Kewangan Dengan Baik…” Jom Ikuti Tips Dari Lelaki Ini.

APAKAH LAYAK SI ISTERI MELANTIK DIRINYA SENDIRI UNTUK BERTINDAK SEBAGAI ‘GABENOR BANK’ KELUARGA?  

Jom ikuti nasihat dari saudara Amir Syahir ini…

Tidak salah jika isteri bertindak sebagai gabenor bank keluarga. Seorang isteri sebenarnya lebih teliti daripada suami. Isteri boleh berfikir lebih mendalam manakala kaum suami kebanyakan suka ambil mudah sesuatu perkara.

Jadi, sudah tiba masanya kaum wanita mengambil peduli tentang pengurusan kewangan yang betul agar tidak timbul isu yang melibatkan masalah kewangan sehingga melibatkan perceraian.



Jika kaum suami tidak menghiraukan bajet kewangan keluarga, seharusnya kaum isteri melantik diri sendiri sebagai gabenor bank keluarga. Apa salahnya melantik diri sendiri sekali sekala kan.

Setiap orang pasti mempunyai perancangan tersendiri untuk keluarga masing-masing. Tak kisahlah macam mana pun. Asalkan kewangan keluarga berada dalam keadaan yang baik.

Menyediakan bajet kewangan tidaklah begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan ialah dengan monitor berapa perbelanjaan dan ke mana wang gaji telah pergi. Antara cara yang boleh dilakukan :

SENARAIKAN PENDAPATAN

  • Senaraikan gaji suami / isteri yang diterima setiap bulan.
  • Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP dan potongan cukai.

MENENTUKAN KATEGORI PERBELANJAAN

  • Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan perumahan, ansuran kereta, rumah dan hutang yang harus dibayar setiap bulan.
  • Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, utiliti, pakaian, petrol dan sebagainya.

BUAT ANGGARAN PERBELANJAAN SEBULAN

  • Buat anggaran perbelanjaan setiap bulan.
  • Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
  • Bezakan antara keperluan dan kehendak.
  • Utamakan keperluan terlebih dahulu.
  • Jika pembelian melibatkan kos yang besar, bawa berbincang sama ada ia diperlukan ataupun tidak.

MEREKODKAN PERBELANJAAN

  • Buat senarai barang yang hendak dibeli dan beli apa yang disenaraikan sahaja.
  • Rancang pembelian supaya tak perlu selalu ke pasar raya.
  • Beli barangan mengikut keperluan terlebih dahulu.
  • Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan.

MONITOR, MENILAI SEMULA, BAIKI BAJET

  • Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan.
  • Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
  • Jika ada terlebih berbelanja, bulan depan mesti ganti balik jumlah wang yang terlebih belanja tersebut.
  • Baiki apa yang perlu dikurangkan dalam perbelanjaan.
  • Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.
  • Cari langkah yang boleh menambahkan pendapatan keluarga.

Kau seharusnya tahu ke mana wang harus pergi, bukannya wang yang membawa kau pergi membeli benda yang bukan-bukan.

Alangkah indahnya jika suami dan isteri bersama-sama membaiki kewangan dan berbincang tentang kewangan keluarga. Sebulan sekali, cari masa untuk duduk bersama dan berbincang mengenai kewangan keluarga.

Kalau suami bijak merancang kewangan, ajar dan bimbing isteri supaya menjadi sama-sama bijak. Begitu juga sebaliknya. Jangan asyik nak marah pasangan kalau dia tak pandai merancang kewangan. Hidup suami isteri kan harus saling melengkapi.

Merancang kewangan bersama barulah sweet. Janganlah ada rahsia antara suami isteri tentang kewangan ini. Hal ehwal kewangan suami isteri mesti sama-sama tahu dan bersama-sama fikir jalan yang terbaik jika ada apa-apa masalah. Kah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen