5 Tanda Amaran Hubungan Anda Dengan Si Dia Bakal Berakhir.

Kadang-kala dalam hubungan antara uda dan dara ini, ada sahaja tanda-tanda yang bakal membuatkan hubungan itu berakhir, tetapi tidak pula putus. Mungkin masing-masing takut untuk keseorangan, bersendirian dan takut untuk berasa sunyi setelah berpisah dengan pasangan.

Apabila perkara ini sering sahaja terjadi, sudah pasti hubungan anda dengan si dia menjadi toksik atau dipanggil ‘Toxic Relationship’ dimana tiada lagi rasa bahagia dalam hubungan kalian. Jom ketahui tanda-tanda atau amaran sebenarnya hubungan anda berdua bakal berakhir…



1. Pergaduhan yang tiada sudahnya.

Pergaduhan dalam percintaan itu normal. Malah ia sebenarnya untuk mengeratkan lagi hubungan pasangan yang bercinta dan untuk saling mengenali. Dan menjadi kebiasaan sekiranya pasangan itu jarang bergaduh, yang tidak normalnya adalah apabila pasangan yang TIDAK PERNAH BERGADUH dan pasangan SETIAP HARI BERGADUH.

Jika pergaduhan itu berlanjutan tanpa diselesaikan, dan asyik mengungkit sahaja, sudah pasti hati siapa sahaja yang tidak sakit, bukan?

2. Anda berdua mula membenci antara satu sama lain.

Terlalu lama menjalinkan hubungan, terlalu asyik bergaduh dan lama-kelamaan anda berdua membenci antara satu sama lain. Ini bukan lagi setakat menyampah manja-manja yang sering dilakukan oleh pasangan yang so-called-so-sweet, tetapi benci seolah-olah anda tidak lagi mahu melihat wajahnya apatah lagi mendengar suaranya.

Lihat mukanya sahaja buat anda serabut. Macam mana ni?

3. Mula post di sosial media tentang keburukan pasangan.

Anda tidak pula update status yang direct terus ke arah pasangan, cuma dengan bahasa kiasan sahaja. Apabila seseorang cuba bertanya, anda sendiri tidak mengaku ia adalah untuk pasangan anda. Anda mula memberitahu mereka ia adalah secara am sahaja, apa yang terlintas di kepala. Padahal anda update status begitu untuk membuat pasangan sakit hati apabila melihat.



4. Mula membuat perkara-perkara yang negatif.

Anda mula melakukan perkara-perkara yang tidak munasabah dan negatif sahaja seperti mencederakan diri sendiri. Sebagai contoh mungkin secara tiba-tiba anda mula merokok kembali, jika sebelum ini anda berhenti merokok hanya kerana untuk kekasih. Malah ada juga yang tidak cukup tidur, senaman yang berlebihan, memandu kereta dengan begitu laju atau percubaan untuk membunuh diri.

Anda seperti menyalahkan mereka, mengapa anda cuba mencederakan diri sendiri. “Sebab kau dah tak sayang aku, apa pentingnya lagi aku hidup kat dunia ni…”

5. Saling meletakkan harapan yang tinggi.

Dan yang paling utama dalam hubungan adalah, tidak memperkecilkan pasangan malah tidak pula meletakkan harapan yang tinggi.

Sebagai contoh, “Nanti aku dah kahwin dengan dia, mesti aku dapat rumah besar, tambah lagi satu kereta…” Jika inilah pemikiran anda tentang pasangan, tetapi pasangan tidak dapat makbulkan pasti anda berdua akan sering bergaduh.

Dan lelaki juga akan “Ingatkan lepas kahwin pandailah jaga diri, jaga badan, pakai mekap…tapi macam hantu kak limah..”

Jika kita selalu meletakkan harapan yang tinggi pada pasangan, pasti kita mudah kecewa. Didiklah diri untuk menerima pasangan yang tidak sempurna, dan jadilah pasangan yang saling melengkapi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen