Ini Dia 4 Tanda Si Dia Inginkan Masa Untuk Bersendirian Bukannya Inginkan Perpisahan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai wanita yang kerap kali salah mentafsir kelakuan seorang lelaki. Apabila lelaki itu mula bersikap dingin serta mula menjarakkan diri mereka beranggapan bahawa lelaki terbabit mula tidak mencintai mereka. Mungkin ada betulnya dan ada tidak betulnya. Kadang kala sikap seperti itu hanya inginkan masa untuk dirinya bersendirian bukannya ingin berpisah dengan anda. Apa kata anda cuba berbincang terlebih dahulu sebelum berfikir yang bukan-bukan. Berikut adalah empat tanda si dia inginkan masa untuk dirinya.



1. Lebih banyak diam berbanding hari biasa.

Apabila seseorang memerlukan ruang sendiri, biasanya ia akan banyak mendiamkan diri serta kelihatan kurang emosional. Hal ini kerana, diirnya tidak mahu anda bermain dengan emosinya yang mingkin mendatangkan kesan yang buruk. Mungkin anda boleh membiarkan dirinya sebegitu untuk sementara waktu tetapi jika ia berkelakuan seperti itu dengan kerap maka anda perlu segera berbincang dengan dirinya.

2. Meminta anda untuk dirinya ruang berehat.

Sekiranya pasangan anda memerlukan ruang dan masa sahaja, mungkin dia akan terus meminta kepada anda sahaja. Ini biasanya dilakukan oleh orang yang selesa dalam hubungan mereka dan berasa selamat untuk meminta sesuatu seperti itu. Malah, hubungan anda dan pasangan anda boleh dikategorikan sebagai hubungan yang sihat kerana keterbukaan dan kejujuran di kalangan anda. Lebih-lebih lagi, apabila anda dan pasangan anda memberikan keperluan peribadi masing-masing, ini adalah tanda bahawa kisah cinta anda berjalan lancar.


3. Lambat membalas mesej dari anda.

Satu lagi tanda bahawa seseorang itu perlukan masa adalah bila dirinya itu lambat membalas mesej anda. Bukan kerana dirinya mempunyai perkara lain untuk dilakukan tetapi hanya tidak mempunyai mood yang baik untuk melayani karenah anda. Biasanya mereka ini cuba menjauhkan diri dari sebarang gangguan kerana ingin menenangkan dirinya.

4. Kerap bertengkar.

Jangan terkejut apabila ada sedikit pergaduhan. Ia bukan lah satu pergaduhan yang besar. Jika anda berdua mempunyai komunikasi yang baik dalam hubungan, pasangan anda kemungkinan besar akan mengatakan jujur memerlukan ruang untuk diri sendiri. Namun jika ia seseorang yang tidak dapat menyampaikan keinginannya dengan baik, dirinya akan memulakan perdebatan atau pertengakaran kecil untuk membuatmu menjaga jarak dengannya.

Kesimpulannya, jangan terlalu cepat untuk membuat satu tanggapan yang negatif terhadap pasangan anda. Apa kata anda cuba berbincang dan memberinya waktu jika anda lihat seperti tanda di atas. Jangan bersikap terlalu memaksa, tetapi bersikap lebih prihatin terhadap dirinya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen