Awas, 5 Tanda Anda Bersama Seorang Yang Tidak Setia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan perlunya ada kesetiaan baru lah hubungan yang dibina itu kelihatan lebih serius. Bukan itu sahaja, percintaan itu melibatkan dua orang bukannya melibatkan tiga atau empat orang. Sebab itu lah perhubungan itu perlukan satu kesetiaan. Tetapi tidak semua orang mempu berikan kesetiaan, jadi sebelum anda memulakan satu perhubungan, anda perlu tahu adakah pasangan anda seorang yang setia ataupun bukan. Jom kita cari tahu.



1. Mudah berikan pujuk rayu.

Perkara yang paling utama anda perlu lihat adalah sikapnya yang suka memujuk serta merayu anda. Jika dirinya seorang yang tidak setia, dia begitu mudah untuk memujuk rayu anda kerana ingin menjadikan anda sebagai salah seorang mangsanya. Bahkan, bagi dirinya memujuk serta merayu itu adalah perkara yang biasa dan mudah. Hal ini kerana, dirinya telah melakukan terhadap ramai orang.

2. Tidak bersedia untuk satu hubungan yang serius.

Hati-hati jika dia kata dia masih belum bersedia untuk ke satu hubungan yang serius. Hal ini kerana, jika dia tidak mempunyai satu sebab yang kukuh sudah pasti lah ada satu perkara yang tidak serius dalam hidupnya. Sebagai contoh, dirinya masih ingin berseronok bersama dengan simpanan-simpanannya yang lain.

3. Sentiasa sibuk.

Pasangan mana yang akan sentiasa sibuk sehinggakan tiada masa untuk kekasih sendiri? Pasti setiap orang yang bercinta ini sentiasa tidak sabar untuk berjumpa dengan buah hati mereka. Jadi jika pasangan anda kerap menyatakan bahawa dirinya sibuk sentiasa, itu menandakan bahawa dirinya mempunyai pelbagai perkara lain yang lebih utama selain anda.


4. Hanya anda sahaja yang teruja.

Dalam hubungan pasti anda dan pasangan akan lebih teruja antara satu sama lain. Tetapi jika anda sahaja yang berasa teruja pasti ia mempunyai satu perkara yang tersembunyi. Jika anda sahaja yang kerap menghantar mesej, serta menelefon dirinya untuk bertanya khabar serta ingin meluangkan masa bersama sudah pasti dirinya sedang sibuk akan perkara lain.

5. Tidak memperkenalkan anda dengan orang sekelilingnya.

Jika anda salah seorang yang terpenting dalam hidupnya, sudah pasti lah dia akan memperkenalkan anda dengan orang sekelilingnya. Tapi jika dia tidak berbuat begitu, pasti ada perkara yang tersembunyi.

Jika anda ingin satu hubungan serius dan bahagia, sudah pasti lah anda perlu elakkan dengan pasangan seperti ini. Jadi pastikan anda bersama dengan orang yang betul jika anda ingin jalinkan satu hubungan yang bahagia.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen