Bila Masa Yang Sesuai Bawa Pasangan Anda Berjumpa Dengan Ibu Bapa Anda? Mari Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Adalah lebih menyenangkan sekiranya hubungan yang kalian bina itu mendapat restu dari ibu bapa kalian. Bahkan hati ibu bapa kalian pasti akan lebih tenang sekiranya mereka kenali siapa yang sedang berkawan rapat dengan anak mereka. Tapi sebelum itu, pasti anda inginkan satu masa yang sesuai untuk anda bawa pasangan anda itu bukan? Macam mana nak tahu waktu itu adalah waktu yang tepat? Jom ketahuinya.



1. Pastikan dia telah menunjukkan sikap komitmennya.

Anda periksa tahap kesediaan pasangan anda terlebih dahulu. Jika anda kelihatan dirinya itu sudah memberikan satu komitmen yang serius terhadap anda, jadi apabila dia bertemu dengan ibu bapa anda, dia tahu bagaimana hendak membawa dirinya sendiri nanti. Bahkan dia sudah bersedia menunjukkan sikap keseriusannya di hadapan ibu bapa anda.

2. Hubungan anda lebih stabil.

Stabil di sini bukan bermaksud dari segi kewangan tetapi lebih kepada saling mengenali dengan lebih serius. Sudah memahami kelebihan dan kekurangan yang ada. Dan apa yang penting ialah anda boleh menjadi matang dalam menyelesaikan masalah yang akan berlaku bersama-sama.

3. Anda dan dia sudah dapat menerima latar belakang keluarga masing-masing.

Setiap keluarga mempunyai latar belakang yang berbeza. Di sini anda dan dia perlu memastikan bahawa dia benar-benar dapat memahami latar belakang anda. Kerana mungkin terdapat beberapa perkara yang perlu diselaraskan semula. Mungkin ada beberapa perkara yang perlu difahami sekali lagi sebelum dirinya mampu sesuaikan diri akan perkara tersebut.


4. Sudah membuat perancangan masa depan bersama.

Karena biasanya pertemuan dengan orang tua itu menunjukkan satu hubungan yang serius, maka perlu pastikan juga bahawa anda dan pasangan sudah punya perancangan masa depan bersama. Setidaknya anda dan pasangan sudah punya gambaran akan kehidupan baru yang akan dijalankan bersama.

5. Anda telah dikenalkan dengan orang sekelilingnya.

Setelah dia memperkenalkan anda kepada orang terdekatnya, ini menjadi isyarat bahawa anda juga perlu memperkenalkannya kepada ibu bapa anda. Ya, jika anda ingin hubungan itu terus menuju perkahwinan, jangan biarkan anda menangguhkan pertemuan dengan ibu bapa anda.

Tapi pastikan dahulu tentang hati anda. Adakah dirinya itu pilihan terakhir anda. Hal ini kerana, apabila ia melibatkan ibu bapa maka ia adalah satu hal yang serius ye.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen