Jawab 5 Soalan Ini Untuk Mengetahui Jika Teman Lelaki Anda Benar-Benar Mahukan Diri Anda.

Kadang-kala tidak mudah untuk menjadi seorang wanita terutamanya dalam bab percintaan malah tentang perkahwinan. Menjadi seorang wanita harus memilih bakal jodoh yang sesuai dengan dirinya dan mampu bertanggung jawab untuk masa hadapan, kerana yang memimpin adalah lelaki bukannya wanita.



Jika salah dipimpin, adakah perlu menyalahkan wanita seratus peratus?

Jadi, untuk mengetahui kualiti teman lelaki anda, jawab 5 soalan ini. Adakah si dia benar-benar mahukan diri anda dalam hidupnya?

1. Adakah si dia memiliki jiwa yang stabil?

Lelaki juga kadang-kala memiliki jiwa yang tidak stabil kerana mereka mahu mencari keseronokan di dalam hidup semata-mata. Seperti yang anda tahu lelaki sebenarnya kurang matang dari wanita apabila dalam melakukan komitmen. Jika anda melihat kisah silamnya bersama bekas kekasih, adakah sentiasa bertukar atau pun setia bertahun-tahun?

Jika si dia pernah mempunyai hubungan bersama bekas kekasih bertahun-tahun, itu tandanya si dia mampu untuk setia dan bersedia untuk komitmen. Malah lelaki ini mampu untuk mengawal emosi anda sebenarnya.

2. Adakah si dia tahu untuk menghiburkan hati anda?

Ketika anda di dalam tekanan, adakah si dia tahu cara-cara untuk menghiburkan hati anda? Atau hanya membiarkan anda untuk memujuk sendirian? Adakah si dia akan cuba untuk membuat lawak jenaka, supaya anda boleh tertawa bersama dengan si dia? Menurut kajian, lelaki yang bijak menghiburkan pasangannya, bijak mengawal emosi dan keadaan daripada menjadi tegang.



3. Adakah si dia sentiasa ingin mengenali diri anda?

Anda hanya ingat, mahu berkenalan hanya di awal perjumpaan sahaja. Ketika itu segala latar belakang, rahsia dan kisah silam sudah tentu ingin diketahui. Tetapi yang lainnya pada teman lelaki anda adalah, si dia sentiasa ingin mengenali anda. Oleh kerana kesukaan anda sentiasa berubah-ubah, si dia ingin kenal pasti diri anda. Contohnya, sekejap anda suka makan sushi, sekejap anda suka makan western.

Dulu anda gemar pada drama Hindustan. Sekarang anda gemar pada drama korea pula. Setiap perubahan tersebut, sudah tentu si dia mengetahui.

4. Adakah si dia berpendirian tetap dengan keputusannya?

Lelaki yang sentiasa memikirkan sesuatu perkara dalam jangka masa yang panjang, sudah tentu mereka mempunyai matlamat dan berpendirian tetap. Mereka juga mempunyai perancangan yang sangat teliti, dan jika boleh mahu meneruskan perancangan itu tanpa gagal. Dengan cara mudah untuk melihat si dia berpendirian tetap adalah, adakah hatinya tetap pada anda? Dengan kata mudah, mereka ini mempunyai integrity tersendiri.

5. Adakah si dia membuatkan hati anda berdebar-debar?

Dan soalan yang terakhir untuk mengetahui jika si dia benar-benar mahukan diri anda di dalam hidup mereka adalah, mampukah si dia membuat diri anda menjadi angau? Hati berdebar? Kerana si dia tahu hanya dengan mempamerkan senyuman sengetnya sahaja, pasti anda akan berdebar, sebagai contoh. Atau pun, hanya dengan menyinsing baju sehingga ke lengan, mampu membuat anda mabuk kepayang.

Dengan cara begini sudah tentu ini taktiknya untuk menarik perhatian anda supaya anda sentiasa berada disisinya.



 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen