Perkahwinan Untuk Mendapatkan Hidup Yang Lebih Sempurna, Bukan Hanya Bertemankan Air Mata.

Trend terkini kebanyakan dari seorang isteri yang berlumba-lumba menghebahkan tentang hal rumah tangga di sosial media. Sama ada didedahkan identitinya atau pun ada sahaja bersembunyi di sebalik ‘page’ yang popular di mana-mana sosial media. Bukan sahaja di facebook, malah ada juga di twitter.

Menjadi seorang ‘anon’ itu sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita, supaya cerita mereka dijadikan teladan dan pengajaran untuk orang ramai. Tidak kurang hebatnya juga drama melayu di kaca televisyen, semuanya tentang kecurangan sahaja. Suami yang curang kerana si isteri yang tidak pandai menjaga hatinya, lalu mencari wanita lain supaya si isteri terluka dan kecewa.

Jika perkahwinan yang dibina tidak dapat dikawal dan dibentuk oleh kerana pemikiran yang tidak rasional sebegini, tidak hairan jika ramai isteri di luar sana berjumpa dengan pakar psikiatri. Ini kerana mereka yang sangat tertekan dengan alam perkahwinan dan mengalami kemurungan hanya disebabkan dengan perangai suaminya sahaja.



Perkahwinan yang dibina sepatutnya untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia. Bukannya dibina hanya bertemankan air mata semata-mata.

Jika ini yang berlaku dalam perkahwinan zaman kita sekarang, adakah si isteri perlu mempertahankan mahligai yang dibina dengan semata-mata rasa cinta dan sayang?

“Aku tak boleh tinggalkan suami aku, sebab aku masih sayangkan dia…”

“Aku nak pertahankan perkahwinan yang dibina…”

Dengan luahan hati isteri pada zaman sekarang, adakah begitu teruk sikap si suami? Tidak wujud lagikah lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai suami?

Dan macam-macam statement yang dikeluarkan seperti…

Perkahwinan itu satu perjudian…

Perempuan yang malang adalah mereka yang salah memilih suami…



Adakah kita sebagai manusia mahu menyalahkan takdir?

Oleh kerana itu setiap pasangan perlu tahu niat untuk berkahwin yang sebenar. Semua cerita yang dikongsikan di sosial media haruslah dijadikan teladan dan pengajaran, yang tidak baik dijadikan sempadan.

Setiap pasangan perlu tahu tanggung jawab dan peranan masing-masing, bukan hanya memandang remeh dan melepas tangan sahaja. Wanita zaman sekarang sudah ramai yang bekerjaya tetapi apabila berkahwin sanggup melupakan cita-cita hanya kerana mahu menjaga keluarga. Tidakkah lelaki begitu bersyukur dengan tindakan wanita sebegini?

Hidup ini terlalu pendek untuk sentiasa bertemankan air mata. Lumrah jika munculnya perasaan duka. Pada mereka yang masih belum bertemu jodoh, pilihlah kehidupan yang bahagia dan mampu membuat kita tersenyum. Perbaiki dan persiapkan diri untuk bertemu jodoh. Jika bertemu seseorang yang mempunyai kekurangan, jangan terus tinggalkan tetapi cuba untuk lengkapi antara satu sama lain.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen