Khas Buat Yang Baru Bercinta, Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Dapatkan Hubungan Yang Selesa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Keterujaan menjalinkan hubungan pasti akan dirasai sesiapa sahaja. Bahkan, keterujaan itu juga akan menyebabkan kelakuan serta penampilan akan berubah. Mana tidaknya percubaan untuk menarik perhatian pasangan bukan mudah ia juga perlukan usaha tetapi usaha yang berlebihan hanya akan menyebabkan satu hubungan itu tidak selesa sahaja. Mari lihat apa yang anda harus lakukan.



1. Jangan berpura-pura akan perkara yang anda tidak sukai.

Sentiasa menjadi diri anda dalam semua keadaan, termasuk ketika anda baru saja bersama dengan seseorang. Suka sesuatu perkara kerana ingin membuat pasangan kagum tetapi anda sendiri yang sengsara adalah satu perkara yang tidak betul. Dirinya pasti lebih gembira jika anda memberikan satu pandangan serta nasihat yang lebih bernas buat dirinya.

2. Jangan takut untuk minta masa untuk diri sendiri.

Apabila melibatkan diri dengan sesuatu yang baru itu tidak bermakna anda perlu menghabiskan seluruh masa anda untuk dirinya. Anda harus mempunyai masa untuk diri anda sendiri. Sebagai contoh, merehatkan diri, lakukan aktivti yang anda sukai atau apa-apa sahaja. Jika tidak, anda akan melahirkan satu perasaan yang tidak selesa dalam diri anda.

3. Jangan berhenti lepak bersama rakan-rakan.

Hubungan yang baru bersama orang yang baru bukan bermaksud untuk anda melupakan perhubungan bersama-sama rakan anda. Anda seharusnya mempunyai masa untuk dirinya. Jangan penah lupakan mereka, kerana mereka ini sentiasa ada bersama anda ketika anda bersendirian ataupun sudah mempunyai pasangan.


4. Jangan teragak-agak meluahkan pendapat anda.

Pasti anda risau sekiranya pendapat serta nasihat anda itu akan menyinggung hatinya bukan? Adalah lebih baik anda lauhkan apa yang anda fikirkan. Itu akan menjadikan anda lebih selesa, tenang serta jujur terhadap pasangan anda. Baru lah hubungan yang terbina itu lebih erat apabila saling berkongsi dan menerima.

5. Jangan mengubah penampilan.

Hanya ingin memikat hatinya serta membuat dirinya terpersoan dengan kejelitaan anda, maka anda mengambil keputusan untuk mengubah penampilan anda. Itu adalah satu perkara yang salah. Jangan cuba untuk menjadi orang lain demi menarik perhatiannya, jadi diri sendiri yang sememangnya telah menariknya.

Untuk dapatkan hubungan yang selesa bersama pasangan dan untuk diri sendiri, anda seharusnya lebih bersikap terbuka serta percaya diri. Jangan biarkan perasaan anda itu menguasai anda sendiri. Nanti ia akan melahirkan satu perasaan yang tidak selesa di dalam hubungan seperti rasa tidak bebas, terkongkong serta hilang keyakinan diri.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen