6 Cara Untuk Membuat Teman Lelaki Takut Untuk Kehilangan Anda.

“Women fall in love in a man’s presence. Men tend to realize they are in love in a woman’s absence..”

Wanita perlu tahu satu perkara tentang lelaki. Dalam percintaan lelaki mahu merasakan ‘Thrill’ dengan pasangannya. Oleh kerana lelaki ini adalah manusia yang praktikal dalam melakukan apa jua perkara, jadi mereka mahukan satu perasaan yang mampu menggetarkan jiwa mereka apabila bercinta.

Mereka mahukan satu perasaan seperti terkinja-kinja, atau menjadi seorang yang sasau malah gila kerana begitu payah untuk mendapat wanita tersebut. Mereka juga mahu rasa tercabar, rasa geram pada wanita itu supaya terdetik di hati mereka di mana lelaki ini memang benar-benar mahu berkahwin.



Jika seorang lelaki sudah merasa dengan pelbagai perasaan seperti di atas, sudah tentu mereka takut untuk kehilangan anda. Jadi, bagaimana untuk membuatkan teman lelaki anda takut untuk kehilangan anda?

1. Stop Dating!

Sebagai seorang wanita, perasaan rindu apabila telah lama tidak bersua muka dengan teman lelaki itu adalah satu perasaan yang normal. Jadi, usah terlalu berkepit 24/7 untuk membuatkan teman lelaki anda terasa seperti ‘kehilangan’.

Selain dapat membuatkan teman lelaki anda berasa seperti ‘kehilangan’ dengan cara begini juga dapat menjimatkan wang kalian berdua untuk simpanan perkahwinan. Yeay!

2. Kerja di tempat yang jauh sedikit.

Teman lelaki atau anda sendiri pasti akan memutuskan untuk bekerja di tempat yang sama, atau tempat yang berdekatan bukan? Supaya mudah untuk berjumpa. Jumpa lunch hour? Dinner? Breakfast? Tak bosan ke? Jika kerja di tempat berjauhan sedikit, pasti sukar untuk dating setiap minggu, dan akan menimbulkan perasaan rindu.

3. Fokus pada cita-cita anda.

Lelaki yang gentleman pasti tidak kisah untuk anda capai cita-cita anda. Malah jika benar si dia takut untuk kehilangan anda, si dia pasti cepat-cepat mahu masuk meminang kelak. Pasti itu yang anda mahu, kan?



4. Kurangkan kata-kata cinta.

Seperti ‘I Love You’ ‘I Miss You’ atau ‘Awak sayang saya tak?’. Jika anda jarang mengucapkan kata-kata cinta ini, teman lelaki anda pasti akan rindu pada anda. Mereka pasti tercari-cari kata-kata cinta itu, dan sentiasa mengucapkannya dahulu kerana ingin mengetahui jika anda benar cintakan dia seorang.

5. Sentiasa meluangkan masa dengan sahabat.

Anda berdua masih belum berumah tangga. Jadi, pada saat ini lah gunakan masa yang terluang untuk bersama dengan sahabat baik anda. Sentiasa meluangkan masa dengan sahabat setiap minggu akan membuatkan teman lelaki anda sering berhati-hati dan fikirannya hanya pada anda sahaja.

“Selamat ke dia?”

“Dia keluar tu, tak kena ngorat dengan lelaki lain ke?”

6. Mempunyai rakan lelaki juga.

Bukan untuk berlaku curang, tetapi mahu menunjukkan bahawa anda ini tidak berkenalan dengan seorang lelaki sahaja iaitu teman lelaki anda. Jika anda mempunyai rakan lain yang berlainan jantina, teman lelaki anda akan rasa tercabar sedikit dan tidak mengambil ringan atau mudah tentang anda. Teman lelaki anda akan lebih jadi protective dan takut untuk kehilangan anda, kelak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen