10 Sebab Kenapa Lelaki Lebih Setia Berbanding Wanita.

Oleh: Rafi

Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging lelaki. Biarpun hakikatnya lelaki juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Adam adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.
Berikut adalah fakta kenapa persoalan di atas?



1. Lelaki kurang berbohong berbanding perempuan.

Lelaki berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena perempuan, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.

2. Lelaki menerima perempuan seadanya, tanpa menilai status atau darjat.

Susah senang lelaki sanggup harungi bersama demi cinta. Perempuan zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar jejaka yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.



3. Ketika perempuan mengalami masalah, lelaki sanggup menjadi pendengar setia.

Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.

4. Memahami perempuan lebih di saat jatuh bangunnya dia.

Lelaki akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun perempuan itu tinggal sehelai sepinggang

5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung.

Lelaki berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding perempuan yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.



6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat.

Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Lelaki tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.

7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada perempuan kerana lelaki lebih berdikari.

Perempuan pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana perempuan sanggup curang dengan lelaki kerana tidak dimanjakan dengan wang.

8. Lelaki berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya.

Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.



9. Seandainya ada perempuan lebih cantik sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, lelaki lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya.

Sebaliknya perempuan kalau mendapat perhatian lelaki seksi, pasti mula mengaku solo.

10. Lelaki tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih.

Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi lelaki tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Perempuan selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen