Bukan Mudah Seorang Lelaki Untuk Menahan Godaan Dunia Ketika Menghampiri Alam Pernikahan.

Setiap pasangan pasti begitu teruja dan gembira apabila melihat tarikh pernikahan atau perkahwinan yang semakin dekat. Tetapi semakin dekat tarikh tersebut, semakin banyak dugaan dan cabaran yang perlu tempuhi. Lelaki atau wanita ada sahaja rintangan yang perlu dihadapi sementara menunggu tarikh majlis.

Sebagai lelaki yang akan mempunyai tanggung jawab yang besar setelah bergelar suami, pasti perasaan gentar itu tidak dapat disorokkan lagi. Ketika pertunangan lah, cabaran dan dugaan yang mendatang itu bagaikan menghimpit dada, tetapi tidak diketahui oleh orang ramai kerana mahu sedaya upaya dapat mengatasi cabaran tersebut.



Tidak mahu pula nanti ramai yang berkata “Baru bertunang, dah macam ni…” malah tidak mahu pula kelihatan lemah didepan tunang kesayangannya tersebut. Disebabkan lelaki ini mempunyai 1 nafsu dan 9 akal, jom ketahui antara godaan dunia yang sukar untuk mereka hadapi…

1. Wanita lain yang lebih cantik.

Memang tidak boleh dinafikan lagi, lelaki amat suka pada kecantikan kaum wanita. Oleh kerana zaman sekarang sudah terlalu ramai kaum wanita yang pandai bergaya dan menjaga penampilan dengan menggunakan mekap, sudah tentu wanita-wanita ini kadang-kala menarik perhatian mereka.

2. Wanita lain yang lebih bersifat keibuan.

Lelaki juga amat tertarik pada wanita yang mempunyai sifat keibuan yang sangat tinggi. Ini kerana lelaki akan melihat wanita yang bagaimana layak untuk menjadi ibu kepada anak mereka kelak. Jika terdetik di hati mereka apabila melihat wanita lain yang lebih penyayang dari tunangnya, hati siapa sahaja yang tidak mudah tergugat, bukan?

3. Wanita lain yang lebih mudah memahami.

Dalam menjalinkan hubungan, lelaki juga mengharapkan pasangan yang dapat memahami mereka dengan lebih dalam. Wanita yang lebih menghargai, menghormati dan pandai melayan kerena mereka juga. Jadi, sekiranya terdapat wanita lain yang lebih memahami, hati dan perasaan mereka mudah goyah ketika ini.



Oleh itu sebagai wanita yang telah menjadi tunang kepada seorang lelaki, harus anda ketahui tidak mudah mereka untuk mengharungi cabaran dan dugaan ketika pertunangan tanpa sokongan daripada tunangnya sendiri. Jangan mudah melatah, melenting dan merajuk yang berpanjangan sehingga membuatkan kaum lelaki rimas.

Setiap dugaan yang datang, si lelaki pasti akan berfikir…

Wajah yang tersenyum ketika dirisik…

Perasaannya ketika mula-mula jatuh cinta pada kekasihnya…

Malah…

Tidak mahu menjadi lelaki yang tidak berguna…

Tidak mahu anak-anaknya kelak menjadi seperti dirinya nanti…

Jika anda memiliki lelaki yang berfikiran jauh seperti ini, hargailah mereka.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen