Kelebihan Bagi Mereka Yang Telah Berkahwin Menurut Islam.

Perkahwinan adalah hubungan suami isteri yang telah diikat melalui pernikahan yang sah. Ia juga adalah ikatan antara pasangan yang sanggup bersusah payah bersama mengharungi cabaran dari pertunangan hinggalah perkahwinan. Perkahwinan adalah sunnah Nabi SAW yang tidak boleh disangkalkan lagi.

Pandanglah perkahwinan itu sebagai satu perkara yang suci kerana ia mempunyai banyak kelebihan bagi mereka yang telah berkahwin berbanding dengan mereka yang masih bujang. Jangan lah menidakkan perkahwinan, kerana ia seolah-olah menidakkan takdir Allah dan sunnah Nabi SAW.



Jadi, jom ketahui antara kelebihan mereka yang telah berkahwin...

1. Dapat sempurnakan agama.

Seperti yang kita ketahui mengikat tali pernikahan adalah salah satu sunnah Nabi SAW, maka apabila terikatnya antara pasangan mempelai ini, pada saat si pengantin lelaki ini melafazkan ijab dan kabul, sempurna lah sebahagian daripada agama Islamnya.

2. Kerana ia adalah Sunnah Nabi SAW.

Perkahwinan itu adalah sunnah Nabi SAW. Aisyah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Nikah itu adalah daripada sunnah yakni perlakuanku. Maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnahku dia bukanlah daripadaku.”

Dan seperti Abu Ayyub berkata Rasulullah SAW bersabda: “Empat perkara daripada perlakuan sunnah Rasul ialah bersifat malu, sentiasa berwangi-wangian, bersugi dan bernikah.”

Jadi sebagai seorang muslim memang digalakkan untuk mereka bernikah jika telah mampu. Lakukan kerana Ilahi dan Sunnah.



3. Untuk mengelakkan daripada melakukan larangan agama.

Rasulullah SAW menggalakkan kita berkahwin bukan hanya untuk membendung diri daripada melakukan maksiat, namun supaya hidup kita mempunyai pasangan iaitu ia sememangnya lumrah untuk semua manusia untuk berpasangan.

Secara lahiriahnya setiap manusia memang akan berasa sunyi apabila tidak berpasangan. Segala perkara yang dilakukan semuanya berseorangan. Oleh itu carilah jodoh Insya Allah akan ALLAH SWT hadirkan. Yang utama, jangan putus berdoa.

4. Akan menjadi umat kebanggan Rasulullah SAW.

Perkahwinan juga untuk menambahkan zuriat, jadi ia adalah untuk meramaikan umat Nabi SAW. Dan Rasulullah SAW telah bersabda:

“Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya. Dan barangsiapa berkeupayaan hendaklah dia bernikah dan barangsiapa yang tidak berkeupayaan hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu dapat mencegahnya daripada melakukan maksiat.”

5. Untuk mengelakkan maksiat.

Dan juga kelebihan untuk mereka yang telah berkahwin adalah supaya dapat melahirkan rasa cinta dan sayang dengan cara yang halal. Ia juga untuk mengelakkan fitnah. Apabila berpacaran sebelum bernikah sudah tentu nanti aka nada pihak ketiga iaitu Syaitan untuk menggoda. Jadi bernikahlah, dengan bernikah di mana sahaja, bila-bila masa anda boleh menyentuh pasangan anda.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen