Tidak Semua Lelaki Mampu Meluahkan Perasaannya Pada Wanita…

Dalam mencari jodoh, kaum wanita sering menganggap hanya lelaki yang perlu memulakan perkenalan. Ini mungkin terjadi oleh kerana pandangan mereka yang wanita ini mempunyai perasaan malu untuk menegur lelaki terdahulu. Dan jika wanita yang memulakan perkenalan, pasti akan dilabel tidak tahu malu.



Seperti kita semua sedia maklum, jika terlalu mengikut kata-kata netizen atau masyarakat ini, sampai bila-bila kita tidak akan dapat perkara yang kita mahu capai. Jadi, konsep seperti ini perlu diterapkan dalam apa jua yang kita lakukan.

KAUM WANITA TIDAK SEHARUSNYA HANYA MENUNGGU TANPA USAHA

Anda mungkin telah mencuba pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan jodoh atau menjemput jodoh. Perbaiki amal dan sikap, mula memandang semua perkara dengan perspekctif yang berlainan, berfikiran terbuka dan berlapang dada supaya tidak mudah menilai orang dari luaran.

Tetapi dengan cara begini juga, adakah jodoh itu akan datang bergolek? Tanpa berkenalan dengan seseorang? Tanpa merisik seseorang yang anda minat dalam diam? Cukup sahaja untuk anda mengetahui jika si dia sudah berpunya atau tidak. Kenali mereka dari pihak ketiga jika perasaan malu yang sangat menebal.

LELAKI JUGA MEMPUNYAI PERASAAN MALU UNTUK MENGEGUR WANITA

Lelaki juga adalah manusia biasa. Mereka juga ada perasaan malu. Sebahagian daripada mereka masih bujang kerana takut untuk mendekati wanita zaman sekarang yang semakin cantik dan bekerjaya. Malah berdikari dan pandai bergaya. Ketahuilah wanita, zaman telah berubah. Wanita zaman sekarang tidak sama seperti zaman dahulu.



Mungkin ada sahaja wanita yang berpenampilan sederhana dan masih tidak mementingkan paras rupa pada seorang lelaki. Kebanyakan wanita sebegini masih tinggal dengan keluarga, mempunyai adik-beradik untuk ditanggung dan hidupnya seolah-olah tiada apa-apa masalah. Situasi ini juga membuatkan lelaki berfikiran wanita sebegini seperti masih tidak lagi mahu berpasangan.

Oleh kerana itu, mereka sanggup menutup malu daripada cinta ditolak.

KEBANYAKAN LELAKI TIDAK KISAH BERTEMU JODOH LAMBAT

Yang sangat berbeza dengan wanita kerana jika umur semakin meningkat dan masih belum berkahwin, khuatir sukar untuk beranak. Dimana lelaki ‘tiada tarikh luput’.

''Lelaki subur sepanjang masa dan umur. Umur tidak menjejaskan kesuburan mereka kecuali jika mereka penagih dadah atau menghidap penyakit kronik seperti HIV/AIDS. Jika mereka mengamalkan gaya hidup sihat, mereka tidak perlu risau tidak akan mempunyai anak walaupun lewat berkahwin.''  (Dr. Mohd Daud Yahya, 2012)

Kesimpulannya jodoh juga seperti rezeki, jangan hanya menunggu sahaja dan biar ia datang bergolek. Seperti Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 69, memperjelaskan bahawa orang yang berusaha demi memenuhi tuntutan agama termasuklah juga dalam soal jodoh dan pernikahan tidak akan dibiarkan oleh Allah SWT.

Mereka yang bersungguh-sungguh dan ikhlas pasti akan diberi bantuan oleh Allah SWT. Oleh sebab inilah, wanita perlu menunjukkan usaha dan bukan hanya menunggu untuk mencari jodoh yang baik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen