3 Rahsia Dalam Hubungan Yang Tidak Perlu Dihebohkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan setiap orang itu berlainan. Kebahagiaan dan kegembiraan yang dirasai untuk setiap orang juga adalah berbeza. Banyak benda yang anda lakukan dalam hubungan itu tidak semestinya akan dilakukan oleh pasanga lain. Bukan itu sahaja, apa yang pasangan anda lakukan belum tentu dapat dirasai oleh orang lain. Itu tidak termasuk dengan kelakuan-kelakuan pasangan anda terhadap anda. Berikut adalah tiga perkara yang anda tidak perlu kecohkan untuk pastikan hubungan anda selamat.



1. Kelakuan pasangan yang tidak kamu sukai.

Baik lelaki atau wanita, masing-masing mempunyai sikap yang tersendiri. Tidak kira lah ia satu sikap yang baik atau tidak, anda tetap tidak boleh menceritakan perkara itu kepada rakan-rakan anda. Ia akan membuat seseorang memberi satu tanggapan buruk kepada pasangan anda sekiranya anda berkongsi kelakuan buruknya. Ia akan membuat mereka ini membenci dirinya bahkan akan menyuruh anda untuk berpisah dengannya. Mana tidaknya, anda kerap menyatakan satu yang buruk tetapi mengapa anda masih mahu bersama dengannya lagi bukan?

2. Sikap romantik serta kejutan pasangan.

Apabila terlalu bahagia pasti terasa ingin berkongsi bersama-sama rakan-rakan yang lain. Orang kata perkara yang mengembirakan ini tidak baik jika disimpan seorang diri. Tetapi kebahagiaan yang anda rasai itu adalah baik jika anda menyimpan untuk diri anda sahaja. Mana tidaknya, kita tidak pernah tahu niat seseorang walaupun mereka ini terlalu rapat dengan kita. Apabila kita berkongsi kebahagiaan kita, ia seolah-olah kita ini sedang menunjuk-nunjuk tentang kebahagiaam tersebut. Jadi ia akan menimbulkan satu perasaan cemburu dan hasad dengki orang sekeliling anda. Hati-hati.


3. Rahsia keluarga pasangan.

Anda pasti menyimpan dengan baik kelakuan-kelakuan keluarga anda bukan? Bagaimana jika anda mendapati anda seseorang menceritakan kelakuan keluarga anda? Pasti rasanya sedikit terluka kan? Begitu juga pasangan anda. Dia pasti akan berasa kecewa sekiranya dia mendapati anda menceritakan sesuatu yang buruk mengenai keluarganya. Adalah lebih baik anda mengabaikan sahaja apa-apa cerita mengenai keluarga pasangan anda. Jangan kerana mulut anda itu, anda kehilangan orang yang anda sayangi.

Kesimpulannya di sini adalah, anda tidak perlu menceritakan sesuatu perkara yang akan membuat orang lain memberi satu pandangan yang negatif. Bukan hanya itu sahaja, kebahagiaan anda juga turut perlu dirahsiakan. Jangan kerana sikap anda ini akan mengundang rasa iri hati terhadap hubungan anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen