Lelaki Akan Melakukan 10 Perkara Ini Apabila Dia Mulai Suka Pada Seseorang, Tanpa Wanita Itu Sedar.

Apabila lelaki mulai suka atau minat pada seseorang, mereka lebih gemar lakukannya sendiri untuk melihat kesan daripada perilakunya sendiri sama ada wanita itu suka padanya atau tidak. Berbanding wanita, apabila mereka mulai suka pada lelaki, mereka lebih tersorok dan hanya meluahkan perasaan pada sahabat baik sahaja.

Jom lihat 10 perkara ini, ada tak mana-mana lelaki sebenarnya suka pada anda dalam diam…



1. Lelaki jika sudah mulai suka dan minat pada seorang gadis, mereka akan menjadi lebih peka apa yang dilakukan oleh gadis tersebut. Jika gadis tersebut mula menceritakan tentang harinya yang tidak baik pada hari tersebut, lelaki akan mendengar dengan penuh minat. “Alahhh…aku kan kawan kau, share la dengan aku…”

2. Apabila bersua dan berjumpa, lelaki ini kurang melihat telefon bimbitnya. Apa yang mahu dilihatnya adalah wajah anda semata-mata. Setiap yang anda miliki pada wajah, akan diteleknya dengan teliti. Dan tanpa anda sedar pasti lelaki ini akan mengetahui setiap tahi lalat anda berada dimana.

3. Apabila keluar lepak sama ada berdua atau berkumpulan, ada sahaja barang yang hendak diberinya pada anda. Jika kawan-kawan cuba mengusik “Alahhh…untuk aku tak ada ke?”

“Taklah, hari tu kan dia nak sangat benda ni…”

Sebenarnya si dia suka lihat reaksi anda yang terkejut. Wanita kan suka pada kejutan.

4. Kadang-kala anda dapat menangkap lelaki ini seperti curi-curi memandang anda, ketika anda tidak menoleh ke arahnya. Mungkin si dia benar-benar telah jatuh hati.

5. Lelaki ini juga seperti tertarik pada anda untuk sentiasa bertanyakan soalan tentang kehidupan anda. Tentang keluarga, adik beradik atau sahabat baik.



6. Kemudian lelaki ini sering juga bertanya selepas pulang dari kelas atau pejabat, apa yang anda sering lakukan? Sebenarnya itu adalah ‘hint’ si dia untuk mengajak anda keluar bersama. Mungkin mahu menonton wayang bersama.

7. Dan apabila anda cuba menjawa soalannya, pasti si dia seperti tertunggu-tunggu jawapan dari mulut anda. Jika tiada jawapan yang solid pasti kelihatan reaksi wajahnya yang betul-betul kecewa.

8. Kadang-kala si dia juga akan ketawa bersama apabila mendengar anda tertawa. Tidak pasti perkara apa yang lawak bagi anda, tetapi gelak tawa anda akan membuat si dia juga turut sama ketawa. Itu pun sudah cukup membahagiakan si dia.

9. Dan yang pasti si dia mampu mengingati nama sahabat baik anda, nama kucing peliharaan anda atau pun nama kereta anda sendiri. Ini menunjukkan si dia betul-betul memberi perhatian setiap butir yang anda beritahu.

10. Si dia juga akan mencuba untuk menjadi rapat dengan sahabat baik anda, malah dengan ahli keluarga anda juga terutamanya adik-beradik. Jika anda mempunyai sahabat baik lelaki, si dia tidak akan cepat cemburu, malah dia akan cuba berkawan dengan lelaki tersebut.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen