Anda Perlu Yakin Dengan 5 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan Untuk Berkahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan yang bahagia sememangnya impian setiap orang. Bahkan majlis perkahwinan yang meriah turut diinginkan oleh setiap pasangan yang ingin meraikan cinta mereka. Namun begitu, sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dan menjalani hidup berumah tangga, adakah anda telah memastikan beberapa perkara yang akan membuat anda yakin terhadap perkahwinan yang dibina? Jika belum, cuba lihat lima perkara ini, adakah anda telah pasti dengan semua perkara tersebut.



1. Apa yang anda cari dalam hubungan yang dijalinkan.

Langkah utama yang anda perlu lakukan adalah dengan mencari tahu apa yang anda mahukan dalam perhubungan anda. Pastikan anda dan pasangan mempunyai satu tujuan yang sama. Jangan membiarkan salah seorang sahaja yang beria-ria terhadap perhubungan tersebut. Hal ini kerana, hubungan akan lebih bahagai apabila mendapat kerjasama antara dua pihak.

2. Adakah anda dan dia mempunyai pelan jangka masa panjang.

Bukan hanya cari tahu apa yang diinginkan oleh hubungan anda sahaja, tetapi anda harus tahu adakah kalian telah mempunyai pelan jangka masa panjang. Perancangan jangka masa panjang ini melibatkan anak-anak yang bakal lahir, kejaya yang akan dibina serta keselesaan hidup yang amat diperlukan nanti. Adakah anda telah merancang semuanya itu?

3. Bagaimana kalian tangani perkara buruk yang berlaku?

Apabila mengalami situasi-situasi yang tidak diingini, apa yang anda akan lakukan? Sudahkah anda fikirkan mengenai perkara tersebut. Sebagai contoh, apa yang anda lakukan apabila pasangan tidak jujur? Berlakunya salah faham? Serta ibu bapa masuk campur dalam hal rumah tangga anda.


4. Bagaimana dengan penerimaan ahli keluarga dan rakan-rakan?

Restu kedua ibu bapa ini teramat lah penting, jadi sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, adakah ibu bapa anda menyukai pasangan yang menjadi pilihan anda? Bagaimana pula dengan rakan-rakan anda? Adakah mereka ini turut bahagia melihat anda dan pasangan anda bersama. Hal ini kerana untuk mengelakkan salah faham serta timbulnya hasad dengki orang lain.

5. Adakah kalian sefahaman?

Perkara yang paling utama yang perlu difikirkan adalah kesefahaman yang ada dalam hubungan kalian. Anda dan dia akan berkahwin dan menjadi pasangan hidup sepanjang hayat. Jika tidak mempunyai kesefahaman yang kuat, hubungan yang bakal dibina itu akan lebih mudah goyang.

Perkahwinan bukanlah satu hal yang boleh dibuat main. Ia melibatkan masa depan serta seluruh hidup anda. Jadi pastikan anda yakin terhadap apa yang anda telah pilih. Jangan biarkan keputusan yang anda lakukan ini membuat anda menyesal dikemudian hari.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen