Bagaimana Hadapi Pasangan Yang Suka Berbohong Ini?

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang kita suka ini sememangnya mengembirakan serta membahagiakan. Namun, kadang kala kita jalinkan hubungan dengan seseorang yang belum cukup kita kenali. Jadi, pelbagai sikap dirinya masih lagi anda tidak tahu. Namun lama kelamaan, satu sikap yang jelas anda lihat pada dirinya adalah suka berbohong. Jadi bagaimana anda hendak hadapi dan tangani sikap pasangan anda ini? Jom ikut cara ini.



1. Pastikan perkara tersebut.

Langkah yang pertama adalah, apabila anda mula tahu pasangan anda menipu anda, jangan terlalu terburu-buru menyerang dirinya. Adalah lebih baik anda kumpul segala bukti dan maklumat terlebih dahulu. Jika nak tambah berserta saksi juga tersangat lah bagus. Selepas itu, anda sertakan segala bukti yang anda ada kepada pasangan anda dan terus bertanya akan perkara tersebut. Jangan dengar segala hujah-hujah yang dirinya berikan tetapi hanya dengar bahawa dia berbohong atau tidak sahaja.

2. Tetap pendirian anda.

Jika anda merasakan bahawa dia tidak berbohong dan harus mempercayainya teruskan sahaja. Jika sebaliknya, anda harus percaya bahawa anda sedang melakukan perkara yang betul. Anda bukannya mahu berlakunya satu pergaduhan tetapi sebaliknya anda hanya mahu satu kejujuran. Jadi tuntun kejujuran itu daripada pasangan anda dan jangan terlalu mudah untuk memaafkan dirinya.


3. Beri peluang tetapi jangan mempercayainya.

Apabila anda terlalu sayang akan hubungan anda, pasti akan sudi untuk memaafkan dirinya. Bahkan anda juga sudi untuk memberinya peluang demi peluang. Tetapi anda harus ingat, sekali anda telah berlembut dengan dirinya, maka dia akan mengulangi perbuatan tersebut. Jadi jika anda hendak memberinya peluang itu boleh tetapi jangan pernah sesekali mempercayainya lagi.

Apabila pasangan anda tertangkap kerana menipu anda, jangan terlalu bertindak terburu-buru. Anda seharusnya sedikit bertenang kerana menginginkan penjelasan dan bukannya ingin berlakunya pergaduhan.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen