Mengapa Orang Lelaki Tidak Menghantar Mesej Terlebih Dahulu Tetapi Sentiasa Membalas Dengan Cepat?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam tempoh perkenalan siapa yang akan kerap memulakan terlebih dahulu? Anda ataupun dirinya? Jika anda yang memulakan terlebih dahulu, pasti anda berasa ragu terhadap kelakuan dirinya bukan? Anda juga turut merasakan bahawa dirinya itu tidak serius terhadap anda, namun pada masa yang sama anda merasakan dirinya menyukai anda sebab itu dia kerap membalas mesej anda. Berikut adalah sebab mengapa orang lelaki ini jarang menghantar mesej terlebih dahulu.



1. Dia tidak pasti bagaimana perasaan anda terhadap dirinya.

Dia tidak berasa yakin terhadap perasaan anda kepada dirinya. Hal ini berlaku berpunca dari kelakuan anda yang tidak memberi sedikit hint kepadanya. Dirinya takut jika dia yang memulakan terlebih dahulu akan membuat anda berasa tidak selesa. Mereka biasanya mahu anda memberikan kepadanya satu pertanda untuk menyakin bahawa anda mula menganggapnya lebih dari sekadar rakan.

2. Dia tidak mahu menggangu anda.

Sesetengah lelaki selalu berfikir, sekiranya dia memulakan langkah terlebih dahulu akan membuat anda berasa tidak selesa dan merimasakan apabila kerap menghantar mesej terlebih dahulu. Dia takut perhubungan kalian menjadi renggang, sebab itu dia lebih memilih untuk membiarkan anda memulakan terlebih dahulu.

3. Sibuk dengan rutin harian.

Biasanya lelaki ini banyak aktiviti yang mereka akan lakukan. Bahkan mereka ini sejenis yang tidak lekat di rumah, jadi pelbagai perkara yang telah dirancang untuk dilakukan. Mungkin dirinya terlalu sibuk dengan rutin hariannya, seperti menghabiskan masa untuk kerjayanya ataupun hal peribadinya. Dari sini dapat disimpulkan bahawa dirinya itu tidak begitu serius terhadap anda, jika dia serius pasti dia akan meletakkan anda sebagai keutamaan dirinya.


4. Anda yang sentiasa tidak sabar menunggu dirinya.

Mungkin anda mempunyai banyak waktu yang terluang sebab itu anda sentiasa terburu-buru dalam menunggu dirinya memulakan terlebih dahulu. Bahkan anda merasakan saat menunggu itu terlalu lama buat anda. Jadi anda bertindak untuk memulakan langkah terlebih dahulu. Anda yang tidak sabar, jadi jangan salahkan si dia pulak ye.

5. Dia tidak berminat terhadap anda.

Perkara yang menyakitkan tetapi itu lah kebenarannya. Dia tidak berminat terhadap anda, sebab itu lah dia tidak memulakan perbualan terlebih dahulu. Dia melakukan ini kerana tidak mahu menyakitkan hati anda, namun apabila anda menghantar mesej kepadanya dia akan membalasnya dengan baik. Hal ini kerana, dia masih mahu berkawan dengan anda.

Beberapa perkara ini adalah sebab mengapa anda kerap kali yang memulakan menghantar mesej terlebih dahulu. Tetapi jika anda tidak mahu rasa seperti digantung, adalah lebih baik anda terus bertanya sahaja kepada dirinya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen