Sebelum "Aku Terima Nikahnya", Bincang Dulu Tentang Kedudukan Kewangan.

Oleh: Rafi

Kebanyakan pasangan akan rasa tak selesa nak bercakap tentang kewangan sebelum beri komitmen untuk hubungan jangka panjang, lebih-lebih lagi perkahwinan. Mungkin risau akan bertengkar di saat-saat bahagia buatkan ramai yang pilih untuk elak berbincang tentang duit secara serius. Memang duit boleh jadi isu sensitif tapi ianya perlu kerana kalau anda boleh jujur tentang tentang wang di peringkat awal hubungan anda, anda akan tetapkan hala tuju yang positif dalam hubungan anda dan inshaAllah hubungan anda akan berjaya. Tambah lagi, akalau anda tak boleh berbincang tentang duit, bagaimana anda nak bincang tentang pelbagai cabaran lain yang anda akan tempuhi di alam perkahwinan? Jangan tutup sebelah mata dan anggap semuanya akan baik-baik saja nanti. Kita hidup di alam realiti. Tak semua cabaran akan dapat dditempuhi, jadi kena usaha untuk mulakan hubungan anda dengan jujur, tanggungjawab dan berkomunikasi dengan baik. Berikut adalah tujuh perkara yang anda perlu lakukan sebelum bernikah;



1. Jujur tentang semua hutang dan asset.

Buat satu penyata yang akan beri gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan anda. Dari sini, bincang cara bagaimana anda akan uruskan hutang atau apa-apa tanggungjawab kewangan lain bersama.

2. Bincang pelan jangka masa pendek dan panjang.

Bincang tentang apa-apa rancangan yang anda ada - mungkin nak beli rumah, ada anak, atau berpindah ke luar negara. Jujur dan luahkan juga kerisauan anda dan apa-apa pengorbanan yang diperlukan untuk capai cita-cita anda.



3. Buat bajet.

Pasangan muda selalunya akan ada cabaran bila kongsi hidup bersama. Bila anda ada bajet, anda boleh tahu batas masing-masing dan elak pergaduhan.

4. Lantik seseorang untuk uruskan kewangan.

Hakikatnya, tak semua orang cukup berdisiplin untuk bayar semua komitmen pada tarikh-tarikh tertentu dan lupa satu bil pun. Kalau anda lebih bijak uruskan kewangan, lebih pandai susun dan lebih banyak masa, mungkin anda yang patut uruskan hal kewangan supaya tak ada yang tertinggal nanti.

5. Bincang sama ada nak kongsi atau asingkan wang masing-masing.

Bincang dan putuskan sama anda anda akan uruskan tanggungjawab kewangan masing-masing atau anda akan kongsi belanja rumah sama-sama. Letakkan peraturan supaya anda takkan buat sesuatu yang pasangan anda tak suka.



6. Uruskan dokumen berkaitan undang-undang.

Pastikan semua dokumen berkaitan undang-undang teratur dan sentiasa dikemaskini contohnya pinjaman bank, insuran kesihatan dan insuran nyawa.

7. Bincang semula.

Situasi anda mungkin berubah dari semasa ke semasa. Selepas kahwin anda akan belajar benda baru dan dari situ anda boleh bincang semula sama ada keputusan yang pernah dibuat dulu masih relevan atau tidak. Sekali sekala, bincang semula tentang rancangan kewangan anda dan sesuaikan dengan keadaan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen