Pada Wanita Yang Mahu Berkahwin, Jangan Pandang Remeh Pada 6 Perkara Ini Kerana Ia Adalah Dosa Pada Suami.

Wanita kadang-kala suka bertindak tanpa berfikir jauh. Asalkan hati dan perasaannya puas dengan tindakkannya itu. Walaupun ia nampak remeh dan mereka berfikiran seperti “Alahhh…lepasni tak payah lah buat lagi..”. Tetapi jika ia tidak dibendung dari awal, pasti akan menjadi satu tabiat dan lama-kelamaan menjadi dosa besar. Adakah anda tidak takut dengan perbuatan sebegitu?



Jom tahu 6 perkara yang si isteri tidak boleh pandang remeh…

1. Isteri yang menyakitkan hati suami dengan kata-katanya.

Hal ini mungkin isteri lakukan tanpa sedar. Ketika tubuh penat, rumah pula bersepah mulalah isteri membebel. Ada kala bebelan ini terbawa-bawa sampailah mengungkit hal-hal lepas. Ini membuatkan suami pendam rasa dan sakit hatinya. Namun ada suami yang mendiamkan hal ini kerana tidak mahu hal menjadi lebih besar. Wahai isteri, kau telah berdosa terhadap suamimu.

2. Keluar tanpa meminta izin dari suami.

Zaman sekarang ramai sahaja wanita yang boleh berdikari dan memandu kereta berseorangan. Apabila bosan duduk dirumah dikala suaminya tiada pasti laju sahaja kakinya melangkah keluar tanpa meminta izin. Walaupun hanya pergi ke kedai yang berdekatan untuk membeli gula-gula, anda dibawah tanggungan suami dan PERLU meminta izin darinya.

3. Tidak melaksanakan tanggung jawab sebagai isteri.

Disebabkan penat bekerja seharian, ada isteri yang menolak ajakan suami untuk bermesra di bilik tidur. Mungkin bagi isteri, penolakan itu perlu diterima sebagai toleransi daripada suami. Namun isteri perlu berkorban sedikit demi suami selagi ajakannya itu tidak melampaui batas seperti terlalu kerap.



4. Tidak mengikuti suami dimana sahaja mereka berada, tanpa alasan yang munasabah.

Suami ditukarkan tempat kerja di satu daerah yang agak asing. Isteri tidak mahu ikut hanya kerana tidak suka dengan tempat baru kerja suami. Walaupun nampak remeh namun sebenarnya ini satu dosa. Tempat isteri ialah di sisi suami. Lainlah jika isteri pun ada kerja di tempat asal dan agak susah jika mahu bertukar ke lokasi baharu dengan suaminya.

5. Sentiasa bermasam muka dihadapan suami.

 Isteri yang terlalu suka merajuk. Merajuk manja itu hal lain. Ini merajuk yang sampai buat suami pening kepala atas hal-hal kecil. Janganlah sampai asyik bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. Suami sudah pujuk namun rajuknya makin teruk sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri.

6. Membenarkan orang yang tidak disukai oleh suami masuk ke rumah.

Hal ini nampak remeh misalnya suami tidak suka dengan Si A kerana dia suka mengumpat. Isteri pula membenarkan Si A masuk ke rumah. Jadilah sesi mengumpat di dalam rumah tanpa kerelaan suami. Jadi, dengarlah kata suami. Jika suami tidak suka, jangan buat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen