4 Cara Mudah Untuk Mengelakkan Teman Wanita Anda Membebel Tanpa Henti.

Membebel tanpa henti ibarat hobi dan terapi bagi wanita. Bagi mereka yang pendiam pula, pasti hanya dengan sahabat baiknya sahaja akan diluahkan bebelannya itu. Ataupun pada ahli keluarganya sahaja. Dengan bebelan tanpa henti kadang-kala dapat melegakan hati kaum wanita daripada meletup. Jika mereka hanya memendam leteran tersebut pasti mereka akan mudah tertekan.

Pada pasangan yang baru berkahwin, pasti si suami agak terkejut dengan bebelan isterinya pada setiap masa. Jika ini yang berlaku, tidak perlu membalas atau memarahinya, biarkan sahaja ia berlalu sehingga mereka mendiamkan diri. Jika ditanyakan pendapat, baru anda perlu bersuara.



Tetapi boleh sahaja untuk anda mengelak daripada kaum wanita ini membebel, dengan cara…

1. Tidak melakukan sebarang perkara yang mereka tidak suka.

Kadang-kala lelaki ini membuat perkara yang pasangannya tidak suka adalah kerana mahu bergurau dan mengusik. Mungkin sudah lama tidak bergurau senda dengan pasangannya, lalu dengan cara ini sahaja mereka mahu menceriakan suasana. Tetapi apabila salah waktu, masa, tempat, mood swing pula, pasti akan berleter tanpa henti.

2. Tidak membuat mereka marah.

Seorang lelaki juga pasti ada sahaja perkara yang dilakukan menjadi kemarahan pasangannya. Seperti point nombor 1 di atas, elakkan daripada melakukan perkara yang membangkitkan amarah si dia. Jangan lah terlalu menjadi menjengkelkan sehingga pasangan anda rimas dengan tindakan anda.

Sebagai seorang lelaki yang gentleman, anda perlu tahu untuk mengambil hati dan mengubah mood pasangan anda menjadi lebih baik. Okay!



3. Memujuk dengan pantas.

Apabila anda sedar telah melakukan sebarang perkara yang tidak disukai oleh pasangan, cepat-cepatlah memujuk dan meminta maaf. Anda juga perlu bijak mengawal emosi mereka, barulah mereka sedar andalah orang yang sesuai untuk menjadi bakal suaminya nanti.

Jika anda tidak tahu memujuk, dan sama-sama memanaskan keadaan, pasti hubungan bakal berantakan. Untuk menjadi suami yang berjaya di dalam perkahwinan, perlu lah bijak menangani masalah remeh ini dengan pantas. Jangan biarkan ia berlanjutan sehingga mengungkit tentang kisah silam.

4. Lakukan apa yang mereka suka sahaja.

Jadi, jangan lah lakukan perkara yang mereka tidak suka, tetapi lakukan apa yang mereka suka sahaja. Adakah anda mahu lelaki lain pula melakukan sebarang aktiviti yang pasangan anda suka? Adakah anda mahu melihat hubungan yang berantakan hanya kerana pihak ketiga? Jika tidak mahu melihat si dia membebel atau dicuri oleh orang lain, turunkan lah ego anda untuk melakukan perkara yang si dia suka.



 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen