Buat Yang Bercinta, Jangan Terlalu Obses Dengan Relationship Goal.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa sahaja mempunyai keinginan untuk mempunyai hubungan yang dinamakan relationship goal ini. Relationship goal ini boleh dikatakan sebagai satu matlamat atau impian di dalam perhubungan. Dan segala impian serta matlamat itu hanya satu perkara yang indah-indah sahaja. Pada ketika ini banyak pasangan akan mempunyai keinginan untuk menjadikan hubungan mereka sebagai salah satu relationship goal. Namun begitu, setiap hubungan ini berlainan, ada yang mampu menjadi relationship goal dan anda yang tidak. Jadi sebab itu lah jangan terlalu kejar sangat relationship goal ini. Mengapa?



Anda seharusnya berfikiran secara realistik. Di mana hubungan ini tidak seperti cerita dongeng yang bermula dengan kesedihan dan berakhir dengan kebahagiaan. Tetapi apa yang anda harus tahu, hubungan ini seperti roda yang berputar, sekejap bahagia dan sekejap bergaduh. Jadi jangan hanya cuba untuk berangan tentang apa yang anda inginkan dalam hubungan anda sehingga menyebabkan anda terlalu leka. Ingat, anda seharusnya fokus kepada hubungan anda bukannya banyakkan berangan.

Selain itu juga, jangan terlalu taksub dengan hubungan orang lain. Hal ini kerana setiap hubugan itu beelainan, jadi anda perlu lalui hubungan anda mengikut cara anda dan pasangan anda. Jangan terlalu terikut-ikut dengan melihat kebahagiaan hubungan orang lain. Ia akan menyebabkan timbul satu perasaan yang tidak selesa di hati pasangan anda. Bahkan ia juga menyebabkan anda akan terlupa untuk fokus kepada hubungan anda kerana sibukkan hubungan orang lain. Apa yang penting adalah lalui hubungan anda mengikut apa yang anda mahu. Selagi anda berasa bahagia, ia sudah memadai.


Anda seharusnya memfokuskan tujuan sebenar perhubungan yang dibina itu, bukannya sibuk mengejar goal yang tidak berfaedah. Jika anda terlalu inginkan goal, mungkin anda seharusnya meletakkan tujuan perhubungan anda itu sebagai goal anda. Tetapi pastikan ia sesuatu yang sangat penting, bukannya satu perkara yang hanya membahagiakan yang bersifat sementara. Pastikan goal itu memberi anda kebahagiaan jangka panjang. Sebagai contoh, ingin membina keluarga bersama, membuat perniagaan bersama ataupun mempunyai rumah yang mewah bersama.

Kesimpulannya, mempunyai niat untuk memiliki relationship goal ini tidak salah, yang salahnya apabila tingkah laku anda yang menyebabkan ia kelihatan salah. Jika anda mahu relationship goal ini anda usaha lah bersama untuk mencapainya. Jangan harapkan pasangan anda sahaja.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen