Apabila Telah Berkahwin, Lelaki Perlu Tahu 6 Perkara Ini Tentang Wanita.

Apabila berkahwin kelak, lelaki jangan pula samakan hidup anda pada masa bujang dengan setelah berkahwin. Sudah pasti ia jauh beza. Dan anda tidak boleh samakan kehidupan anda dengan isteri anda kelak kerana…

1. Wanita yang anda telah kahwini itu akan sentiasa dipandang serong oleh masyarakat.

Lelaki yang berpakaian selekeh ke mana sahaja tidak diambil berat oleh masyarakat. Malah ia dipandang dengan pandangan yang berbeza. Contoh jika menghantar anak ke sekolah dengan berseluar pendek “Susah nak tengok lelaki sekarang yang bertanggung jawab…” lihat sahaja masyarakat yang tidak memandang pada pakaian lelaki. Tetapi…

“Tengok mak nye tu, asyik pakai selekeh je. Elok lah sikit, nanti anak ikut pakai macam tu. Pakai tudung selempang macam tu je…”

2. Wanita yang anda telah kahwini itu mempunyai naluri hati yang kuat dan hebat.

Apa yang tidak kena pada suaminya kelak, pasti mereka akan merasainya. Hati-hati apabila isteri anda hamil kelak, ketika hormonnya yang tidak stabil hatinya mudah terdetik jika suaminya melakukan sebarang perkara yang buruk di belakangnya.

Jika anda mempunyai rahsia atau cuba menyembunyikan sesuatu, isteri anda juga turut dapat merasakannya.

3. Wanita sebenarnya memerlukan tidur yang lebih daripada seorang lelaki.

Oleh kerana wanita menggunakan emosi yang lebih, mereka memang mudah tertekan daripada lelaki. Dan apabila telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, sudah tentu mereka lebih senang terjaga apabila anaknya tergerak sedikit daripada tidur.

Minda seorang wanita sentiasa aktif untuk memastikan bayinya tidur dalam keadaan selamat. Oleh kerana itu, lelaki apabila telah berkahwin, tolong lah isteri anda untuk menguruskan rumah tangga dan bagi mereka tidur yang lena supaya tidak stress.



4. Wanita lebih mementingkan kebersihan rumah.

Secara automatik, wanita akan mementingkan kebersihan rumah kerana pandangan masyarakat juga. “Eiii…dah jadi isteri pun tak reti kemas rumah ke?” Apa pula kata jiran ketika melawat rumah anda dan melihat keadaan rumah yang bersepah. Adakah lelaki yang dipersalahkan pada mulanya? Sudah tentu tidak!

Sebab itu wanita ini makhluk Allah yang mudah tertekan.

5. Wanita mahukan keluh kesahnya sentiasa didengari oleh lelaki.

Setiap wanita memang mudah berasa bimbang dan mula membuat andaian yang negatif. Jika anda mula melihat mulutnya terkumat kamit keresahan, tidak senang duduk, ajak lah mereka berbual dan dengar sahaja luahan hatinya. Setiap wanita sebenarnya terasa seperti jantungnya mahu meletup sekiranya setiap luahannya hanya dipendam sahaja.

6. Wanita yang anda telah kahwini itu lebih teliti daripada anda sebenarnya.

Bagi wanita semua perkara yang dilakukan mesti lah dalam keadaan yang teratur dan mengikut seperti apa yang mereka mahu. Semua perkara perlu dilakukan dengan teliti dan terperinci supaya tiada apa yang tertinggal. Sebagai contoh apabila pada hari perayaan, semua perkara daripada suaminya hingga lah ke anak semua perlu perfect. Barang-barang apa yang perlu dibawa, pakaian dan seumpamanya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen