Jenis-Jenis Ujian Yang Berlaku Dalam Perhubungan Yang Dibina.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan ini banyak dugaannya. Dugaan akan datang tidak kira masa, sama ada bercinta, bertunang, hampir berkahwin atau sesuadh berkahwin. Jadi jangan berkata waktu bertunang sahaja yang banyak dugaannya. Sebenarnya dugaan dan perhubungan ini amat berkait rapat. Jadi setiap perhubungan pasti tidak akan lari dari dugaan dan ujian untuk menguji hati kedua-dua orang yang terlibat. Mari kita baca perkongsian ini.



Ujian semasa bertunang.

Masa bertunang, selalu bergaduh, kerap rasa nak marah, kadang kadang ada sesetengah pasangan tu sampai nak putus tunang, tak jadi nak kahwin. Benda yang digaduhkan kecik je sebenarnya dan biasanya diungkit dengan perkara lain.Itu yang menyebabkan gaduh jadi besar. Bagi mereka yang bakal bertunang, Jangan bertunang terlalu lama kerana dunia bertunang ni terlampau banyak dugaannya. Apatah lagi bagi pasangan yang berjauhan. Bila berjauhan, kena ada kepercayaan yang tinggi dalam diri. Kalau ada syak wasangka dan curiga, gaduh sikit terus nak putuskan hubungan pertunangan. Padahal bukan ada orang ketiga pun, tapi ada makhluk ketiga.

Ujian seminggu nak kahwin.

Bila seminggu nak kahwin, pandang pun tak mau. Rasa meluat semacam je. Kadang-kadang terlintas dihati betul ke dengan pilihan . Masa tu jugak jumpa orang yang lebih baik dari tunang kita. Kenapa? Sebab syaitan tak mau bagi kita bina masjid. Benda yang baik, syaitan pun hangat la. So syaitan pun usaha la nak hancurkan sebelum masjid terbina. Sebab bila dah terbina, makin susahlah syaitan and the geng nak robohkan masjid yang dah terbina dengan kukuhnya. Insha allah, kalau jodoh tu dah sampai, pasti akan sampai. Dugaan sikit ja tu, kata hati negatif tu syaitan je. Jangan ikutkan sangat. Boleh rasa beza hati tu sebelum dan selepas diijabkabulkan


Ujian selepas kahwin.

Takde pasangan suami isteri yang tak pernah rasa susah selepas kahwin lebih-lebih lagi yang baru 2 dan 3 bulan berumah tangga. Masing-masing gaji kecik. Ada jugak sesetengah pasangan yang masih belajar. Tapi banyak benda yang nak kena bayar. Hutang rumah sewa, bayar bil, bayar duit kereta dan banyak lagi. Silap haribulan asyik gaduh je. Inilah ujian selepas kahwin. Sabar atau tidak je. Selama ni kita hidup sendiri, tiba-tiba ada orang lain kita kena kongsi. Kat sini Allah nak uji hati suami dan isteri. Allah nak tengok nawaitu, persefahaman, rasa hormat dan tanggungjawab sesama pasangan. Bila semua dah betul, baru Allah akan buka pintu rezeki lebih luas lagi. Sebab tu ramai orang cakap, kesetiaan isteri diuji bila susah dan kesetiaan suami diuji bila senang.

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada anda untuk terus kuat dan bertahan terhadap hubungan yang dibina itu. Ingat bahawa ujian yang datang itu hanya ingin menguji rasa sayang anda dan juga pasangan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen