Kesabaran Itu Diperlukan Dalam Menanti Jodoh Yang Ditentukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penantian itu sememangnya memenatkan dan menyakitkan. Mana tidaknya setiap perkara kita perlu bertarung dengan hati kita sendiri. Orang tidak akan faham apa yang kita rasa, apa yang mereka tahu hanya berkata dan bertanya. Sedangkan kita ini sedang menanti bukanya tidak mahu mendirikan rumah tangga seperti yang lain tetapi jodoh itu yang masih belum nampak bayangnya.



Kesabaran dalam menanti jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya ini sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Mana tidaknya, di saat kita menanti ini pasti akan timbul perasaan cemburu melihat kebahagiaan orang lain yang diri ini terlalu ingin dirasai. Tetapi anda harus hilangkan perasaan sebegini. Mengapa? Hal ini kerana, perasaan ini hanya akan mengganggu kesabaran anda sahaja. Bahkan ia akan menimbulkan satu perasaan hasad dengki yang tidak seharusnya anda tanam dalam diri anda.

Selain ini itu juga, dalam menanti jodoh ini, kesabaran untuk berhadapan dengan orang sekeliling yang tidak penah mengerti apa yang anda rasakan. Mereka akan banyak bertanya mengapa tidak berkahwin lagi, bila nak berkahwin, tidak ada yang mahu ke dan pelbagai lagi.

Bukan memilih,

Bukan tidak mahu berkahwin,

Tetapi jodoh yang sebenar itu masih lagi belum dijumpai. Bahkan waktu yang tepat itu masih belum tiba. Sebab itu masih menanti dan tidak mendirikan rumah tangga lagi. Jadi apabila berlaku seperti ini kesabaran anda pasti teruji. Namun anda kena kuat dan abaikan semua tanggapan negatif orang disekeliling anda. Jika anda ikutkan rasa hati anda nanti lain pula jadinya.


Buat anda yang sedang menanti jodoh itu, jangan penah hilang rasa sabar dalam diri anda. Cuba untuk terus kuat dan bersabar. Anda perlu tahu penantian yang penuh kesabaran itu akan memberi kebahagiaan pada anda satu hari nanti.

Bukan itu sahaja, nikamti dahulu masa bujang anda ini. Jangan terlalu gelojoh dalam mencari pasangan. Bak kata orang biar lambat asalkan selamat. Lakukan dan capai dahulu apa yang anda inginkan. Agar apabila berumah tangga nanti anda tidak mula ingin lakukan apa yang anda inginkan.

Jangan pernah lelah untuk terus sabar dan menanti, hal ini kerana jodoh yang tepat dan bersesuaian dengan anda akan tiba pada waktu yang tepat. Di mana anda telah bersedia untuk memikul segala amanah dan tanggungjawab.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen