Jom Ikuti Perkongsian Panduan Membina Keluarga Bahagia, Yang Bujang Pun Kena Ambil Tahu Juga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Membina sebuah keluarga bahagia ini mudah sahaja, tetapi diri sendiri yang menyukarkan langkah ke arah itu. Sedangkan ia adalah satu impian setiap insan yang berumah tangga atau yang mempunyai keinginan untuk berkeluarga. Ramai yang tahu tetapi tidak mengikuti, jadi impian tinggal impian. Namun begitu anda pasti mahukan keluarga bahagia bukan? Jadi mari ikuti perkongsian dari Saudara Amir Syahir ini dari laman Facebooknya.



Kau baru bina masjid tu, banyak lagi dugaan perkahwinan kau akan hadapi. Kalau kau tak bersedia dan kuat untuk hadapi cabaran, bahtera perkahwinan kau akan tenggelam di dasar lautan.

Biasanya lima tahun pertama dugaan hebat betul. Dah lepas lima tahun kalau kau dan pasangan terselamat menghadapi cabaran hidup bersama, korang akan kekal bahagia.

***

Antara panduan untuk membina keluarga bahagia adalah:

1. Kalau boleh solat bersama. Tak boleh lima waktu, solat Isya dan Subuh berjemaah okay lah. Biar sinar agama hadir dalam keluarga korang. Barulah setan nak hasut, nak fitnah macam-macam lari jauh-jauh.

2. Mendalami ilmu untuk jadi yang terbaik. Ilmu Tuhan ini luas. Belajar ilmu agama. Ilmu memasak, ilmu pengurusan kewangan dan sebagainya. .

3. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa pasangan kita adalah yang terbaik ketentuan dan anugerah terindah daripada Tuhan.

4. Senyumlah apabila sampai ke rumah. Hal ehwal kerja letak tepi bila dah jejak kaki ke rumah. Masalah kerja jangan bawa masuk ke rumah.

5. Sentiasa berbual dengan pasangan setiap hari. Kalau gaduh pun berkomunikasi guna pen dan kertas pun tak apa. Gaduh manja tu perkara biasa. Tapi jangan gaduh lama-lama.


6. Telefon, mesej ataupun Whatsap jika pasangan berjauhan dengan korang. Tanya la khabar ke dah makan ke. Alah, macam kau bercinta dulu-dulu. Masa bercinta sapa nak letak telefon dulu pun boleh gaduh.

7. Sentiasa hiburkan hati pasangan dengan lawak hambar korang. Bergurau senda. Kau tak kelakar pun takpe. Janji kau mampu buat si dia tersenyum. Setiap gurauan manja mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Amalkan makan bersama setiap hari. Makan sambil cerita apa yang dia dah buat hari ini. Secara tak langsung kau tahu masalah dia.

9. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Kau tak perlu jadi sado untuk menyapu rumah. Kau tak perlu ada six pack untuk kemas rumah. Tolong dia memasak pun okay. Jadi tukang kacau jadilah daripada duk main Fesbuk manjang.

10. Tegur kesilapan pasangan dengan cara terbaik. Beri nasihat secara berkasih sayang. Jangan tegur secara kasar.

***
Jom berkongsi lagi di ruangan komen supaya boleh dijadikan amalan bersama.

Ayuhlah kita sama-sama menuju kebahagiaan rumah tangga. Kah!

Semong perkongsian ini dapat membantu anda membina keluarga yang bahagia.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen