Mari Kenali Lelaki Sejati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki sejati? Apa yang dimaksudkan lelaki sejati? Lelaki sejati ini adalah lelaki yang kelihatan begitu serius dalam perhubungan serta ia lebih dikenali sebagai lelaki yang ideal. Di mana ia lebih menjadi pilihan kepada wanita. Lelaki seperti ini begitu berani memperjuangkan cinta mereka dan pada masa yang sama begitu gentleman terhadap pasangan mereka. Jadi mari kita kenali lelaki sejati ini dengan lebih dekat.



1. Seorang lelaki yang menghormati wanita.

Lelaki sejati ini dikatakan lebih menjaga maruah seorang wanita. Di mana mereka ini tidak akan bercerita mengenai bertapa seksinya seorang wanita atau bercerita tentang tubuh badan wanita. Hal ini kerana, mereka ini tidak mahu perkara yang sama berlaku pada ibu, adik beradik perempuanya, anak perempuan serta isterinya. Maka dia akan mengelakkan untuk berkata sesuatu yang tidak menghormati wanita.

2. Lelaki ini lebih berani.

Apabila dirinya jalinkan cinta terhadap seseorang wanita, dia tidak akan keluar bersama-sama wanita tersebut tanpa izin orang tua pasangannya. Maka dia akan berjumpa dan meminta izin dahulu sebelum membawa pasangannya keluar. Di sini dia kelihatan berani dan serius terhadap hubungannya bersama wanita terbabit. Hal ini kerana, dirinya tahu bahawa pasangannya itu adalah hak ibu bapanya. Jadi ia tidak seharusnya mencerobohi hak seseorang.

3. Lebih mengutamakan tanggungjawabnya.

Untuk mengetahui adakah seorang lelaki itu sejati atau tidak, cuba lihat bagaimana dirinya memikul satu tanggungjawab. Bukan tanggungjawab kepada seorang kekasih hati yang masih belum halal, tetapi lebih kepada tanggungjawab terhadap ibu bapanya serta adik beradik perempuanya. Jika ia mampu menjaganya dengan baik serta menegur kesilapan adik beradik perempuannya maka ia sedang menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.


4. Dalam lembutnya ada tegasnya.

Dari pandangan dia kelihatan lembut dan mudah dikendalikan tetapi sebenarnya dia tegas dalam membuat keputusan. Bukan itu sahaja, lelaki sejati juga seorang yang sabar dan tidak mudah marah serta melenting dalam setiap hal. Dia bijak mengawal emosi serta sifat marahnya. Dalam setiap perkara yang berlaku dia akan lebih berfikir dengan lebih mendalam sebelum melontarkannya melalui kata-kata.

5. Menunaikan janji-janjinya.

Apa yang menariknya lelaki sejati ini bukan seorang yang menabur janji-janji palsu. Mereka ini tidak akan berjanji akan sesuatu perkara yang dirinya tidak mampu lakukan. Tetapi akan berjanji terhadap sesuatu perkara yang dirinya mampu lakukan. Di mana setiap janji yang dikatakan itu pasti akan terlaksana.

Amat beruntung apabila berjumpa dengan lelaki sejati ini. Hal ini kerana, seorang wanita yang terlibat dengan mereka ini pasti akan dihormati dan dijaga maruahnya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen