12 Cara Untuk Mengetahui Apabila Seorang Lelaki Sudah Mulai Sayang Pada Kekasihnya.

Setiap wanita mengharapkan apabila lelaki telah menyayangi dirinya, akan sentiasa disulami dengan kata-kata puitis dan romantik. Tetapi secara hakikatnya seorang lelaki amat sukar untuk meluahkan kata cinta dan sayang melalui percakapan. Lelaki lebih praktikal apabila menyayangi seseorang dan hanya meluahkan dengan perbuatannya sendiri.

Jom ketahui apabila seorang lelaki sudah mulai sayang dan cinta pada kekasih hatinya…



1. Lelaki ini mempercayai anda.

Si dia tidak akan ragu-ragu lagi dengan tindakan anda kerana telah mempercayai anda seratus peratus dengan sepenuh hati.

2. Lelaki ini setia pada anda.

Anda tidak lagi nampak lelaki ini bermain mata, berkata-kata manis pada perempuan lain. Si dia hanya melayan seperti kawan sahaja tidak lebih daripada itu.

3. Lelaki ini tahu semua kegemaran anda.

Tidak kira sama ada makanan kegemaran, drama dan hobi, bahkan si dia juga tahu warna favorite tudung anda yang sentiasa dipakai tanpa jemu.

4. Lelaki ini tidak mengongkong anda.

Oleh kerana si dia mempercayai anda dengan sepenuh hatinya, si dia tidak kisah anda pergi kemana sahaja bersama sahabat baik atau kadang-kala untuk bersendirian ketika membeli belah asalkan anda tidak curang.



5. Lelaki ini membantu anda untuk menjadi lebih baik.

Lelaki ini lebih banyak membantu anda untuk membina keyakinan dan menghiraukan semua kata-kata negatif, terutamanya makcik-makcik bawang. Eh.

6. Lelaki akan sentiasa gelak pada lawak jenaka anda.

Walaupun pada hakikatnya jenaka anda tidak lah lawak sangat pun….

7. Lelaki ini takut jika tidak memberitahu sesuatu kenyataan dengan betul.

Ke mana sahaja si dia pergi, pasti akan memberitahu anda perkara yang sebenar dan tiada rahsia.

8. Lelaki ini mahu bergelak tawa bersama.

Lelaki ini akan sedaya upaya membuat lawak jenaka supaya dapat ketawa bersama. Selalunya lelaki yang lawak bijak menghiburkan hati kekasihnya.



9. Lelaki ini memahami perasaan anda.

Lelaki ini pasti akan sedar apabila mood anda akan berubah. Jika ianya berlaku sudah pasti si dia tidak akan berani mencuba untuk menyakiti hati anda.

10. Lelaki ini membuatkan anda rasa sentiasa disayangi.

Anda dengan secara tidak sedar seperti sentiasa rasa disayangi, dicintai, dihormati dan dihargai. Perasaan itu tiada pada lelaki yang lain.

11. Lelaki ini membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Hidup wanita yang sentiasa merumitkan akan menjadi lebih baik apabila lelaki yang bertuah berdamping dengannya.

12. Lelaki ini suka melihat anda tersenyum.

Dan yang paling penting adalah senyuman anda. Jika anda tidak senyum pada hari tersebut, harinya juga kelam. Jadi si dia sedaya upaya membuat anda tersneyum kembali.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen