Apa Yang Anda Boleh Pelajari Sepanjang Hidup Sebagai Single Untuk Tidak Mudah Terluka Lagi?

Memang tidak dinafikan, hidup single setelah putus cinta banyak perkara yang anda boleh pelajari. Kisah silam anda adalah salah satu perkara yang mampu membentuk diri anda untuk menjadi lebih baik atau lebih teruk.  Kisah yang terluka itu juga mampu untuk menjadi sebuah pengajaran dan pelajaran pada masa akan datang.

Perkara yang anda boleh pelajari adalah…



1. Berhati-hati apabila berkenalan dengan orang asing.

Apabila anda bertemu sahaja dengan kenalan baru, sudah tentu anda tidak lagi seperti dahulu. Menjadi berhati-hati apabila hendak mengetahui latar belakangnya. Dan anda juga tidak mudah untuk meluahkan segala hal peribadi kepada kenalan baru ini. Anda seperti seseorang yang cuba untuk membaca air muka orang asing kerana terlalu takut jika kisah silam berulang kembali.

2. Tidak menjadi terlalu baik pada seseorang yang anda baru sahaja berkenalan.

Anda menjadi terlalu garang, tegas dan tidak mudah untuk menghulurkan kenalan. Mungkin orang luar akan nampak anda seperti seorang yang sangat sombong, padahal anda hanya untuk melindung diri anda daripada terluka lagi.

3. Tidak semudah ABC untuk mengatakan ‘No’.

Jika sebelum ini anda seorang yang baik hati sehinggakan mudah berkata ‘Yes’ dalam apa jua situasi. Pada orang baru juga anda mudah untuk menolong kerana mudah berasa simpati dan tidak suka melihat orang lain dalam kesusahan. Tetapi kali ini anda sering mengatakan ‘No’ atau ‘Tidak’ pada sesiapa sahaja, supaya tindakan baik anda tidak dipijak.



4. Tidak mudah untuk melemparkan senyuman manja pada sesiapa sahaja.

Seperti point nombor 2, muka anda lama-kelamaan menjadi seorang yang sombong dan sukar untuk tersenyum. Terutama pada orang asing. Percayalah bahawasanya orang jenis begini takut untuk berbuat baik pada orang asing kerana zaman sekarang tidak lagi sama seperti dahulu.

5. Anda lebih mudah menerima pendapat daripada orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa.

Zaman jahiliah atau pada zaman muda-mudi, anda sering memberontak kata-kata dan nasihat daripada kedua ibu bapa. Tetapi kali ini, nasihat daripada orang tua lah yang anda sentiasa tagihkan supaya anda tidak lagi terpesong jauh. Kali ini sokongan daripada mereka amat penting, untuk anda menentukan arah tuju hidup.

6. Anda membuang jauh orang-orang mahupun perkara yang negatif dalam hidup.

Malah, di samping itu anda berharap dan berdoa untuk tidak bertemu dengan orang-orang yang mempunyai aura negatif kerana ia sedikit sebanyak mempengaruhi hidup anda menjadi negatif juga. Ini kerana anda mahukan aura-aura positif melekat pada diri dan untuk menjadi ceria sentiasa.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen