Tanda-Tanda Anda Dan Dia Adalah Padanan Yang Serasi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mungkin anda dan dirinya masih diperingkat awal. Di mana kalian baru sahaja bermula sebagai kawan ataupun dalam tempoh perkenalan. Tetapi, anda begitu selesa dengan dirinya hingga membuat anda terlupa bahawa kalian baru sahaja berkenalan. Keselesaan yang ada pada dirinya ini tidak ada pada rakan-rakan anda yang lain bahakan ketika bersama bekas kekasih anda juga tiada. Jadi mari kita lihat mengapa anda begitu selesa sekali bersama si dia. Adakah anda padanan yang serasi bersama?



1. Mudah ketawa bersamanya.

Untuk mengenali pasti satu kebahagiaan, cuba lihat gelak tawanya. Dengan hanya itu anda boleh tahu bahawa ia bahagia ataupun tidak. Selain itu juga, bahan lawak jenaka itu yang hanya kalian fahami membuatkan anda dan dirinya mudah terhibur antara satu sama lain. Kalian sangat memahami dan mudah untuk berkomunikasi secara spontan.

2. Anda menjadi diri anda sendiri.

Walaupun dalam tempoh perkenalan, anda begitu selesa denganya sehinggakan anda tidak berpura-pura dihadapannya. Anda lebih memilih untuk menjadi diri sendiri dan anda selesakannya. Bahkan dirinya juga selesa dengan diri anda tanpa memandang rendah terhadap kelakuan-kelakuan anda yang terlebih itu.

3. Mudah untuk memahami apa yang sukai dan tidak.

Setiap orang ada perkara yang disukai dan tidak. Tanpa perlu memberitahu secara terus kepada dirinya, dia tahu bahawa anda suka atau tidak akan satu perkara tersebut. Hal ini kerana, masa yang dilungkan bersama namun kalian terlalu mudah untuk memberikan perhatian kepada pasangan mengenai hal yang terperinci dalam pelbagai sudut.


4. Anda suka bersamanya.

Mungkin kerana kalian serasi maka anda dan dirinya suka untuk sentiasa bersama. Apabila bersama dengannya anda merasakan masa begitu singkat sedangkan anda hanya berbual kosong sahaja. Apa yang anda rasakan itu seolah-olah turut dirasakan oleh dirinya.

5. Berjuang untuk saling memahami.

Sudah tentu hubungan yang serius dan matang tidak boleh dipisahkan dari perbezaan pendapat antara satu sama lain. Terdapat pelbagai perkara yang mencetuskan pertengkaran, dan air mata. Tetapi anda dan dirinya berusaha untuk mencari keserasian bersama. Dan apabila kalian saling melukakan anda akan segera mengakui dan memohon maaf.

Jika anda mempunyai lima tanda ini di dalam perkenalan anda, itu menandakan bahawa anda dan dirinya adalah padanan yang serasi. Bahkan jika menjalinkan hubungan juga pasti menjadi pasangan yang bahagia.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen