Perkara Apa Yang Anda Perlu Tahu Pada Calon Suami Anda? Jom Ketahuinya.

Untuk mencari jodoh terutamanya bakal suami, anda sering disogokkan dengan perkara penting untuk mengetahui latar belakang si dia. Tetapi anda tidak tahu perkara atau isu yang bagaimana anda perlu tahu mengenainya? Kerana khuatir akan membuka pekung di dada pula.

Jom lihat antara perkara seperti berikut yang anda boleh lihat pada si dia….



1. Bagaimana si dia menguruskan sesuatu situasi?

Lihat bagaimana si dia menguruskan sesuatu konflik di dalam perhubungan seperti dalam keluarganya? Di pejabat? Masalah dengan rakan-rakan? Adakah si dia mampu menyelesaikan masalah dengan matang atau lari daripada konflik tersebut.

Anda bertuah jika si dia mampu menyelesaikan masalah dengan matang, tetapi bagaimana pada lelaki yang lari daripada masalah ini? Jika si dia tidak dapat menyelesaikan, adakah anda juga seorang yang lari daripada masalah? Pasti ia akan menjadi lebih parah jika kedua-dua pasangan tidak pandai menyelesaikan masalah, bukan?

2. Adakah si dia mempunyai sikap menjengkelkan?

Setiap orang pasti memiliki sikap yang menjengkelkan. Cuba lihat, apakah sikapnya yang menjengkelkan diri anda? Adakah anda mampu untuk hidup bersama dengan sikapnya yang sebegitu? Adakah apabila si dia bersama dengan anda, sikapnya berubah ke arah kebaikan? Jika jawapannya tidak, bagaimana anda harus selesaikan masalah ini?

Jika sebelum perkahwinan anda seperti tidak tahan bagaikan ingin membaling barang ke arahnya, adakah anda pasti untuk hidup bersama dengannya?

3. Bagaimana si dia menguruskan kewangan?

Adakah si dia mempunyai simpanan untuk masa hadapan? Kecemasan? Mahupun perbelanjaan untuk tidak dijangka?

Adakah si dia seorang yang boros, mempunyai banyak hutang? Penting ya untuk anda mengetahui tentang semua perkara ini.



4. Adakah si dia seorang yang rapat dengan ahli keluarganya?

Anda perlu tahu seorang lelaki yang hormat pada orang lain dan seorang yang penyayang lahir daripada keluarganya yang penuh dengan kasih sayang. Jika lelaki yang anda kenal adalah seorang ‘family person’, pasti si dia akan utamakan anda sebagai isterinya kelak. Jika si dia sangat mengutamakan ibunya, insya allah si dia bijak menghargai anda.

5. Adakah si dia mahukan anak?

Jika lelaki yang anda kenal adalah ‘Family Person’ seperti point nombor 4, mustahil lah jika dia tidak mahukan anak, bukan? Kenalilah lelaki tersebut melalui ahli keluarganya. Jika ahli keluarganya penyayang dengan kanak-kanak, pasti si dia mahukan anak kelak.

6. Apakah pendapat si dia mengenai perkahwinan dan perceraian?

Sebagai seorang wanita pada zaman sekarang, anda perlu tahu pendapat seorang lelaki mengenai perkahwinan dan perceraian ini. Daripada jawapan si dia, anda akan mengetahui lelaki ini berkahwin kerana apa? Kerana seks semata-mata? Kerana paras rupa atau harta? Anda akan tahu juga tahap ilmu pengetahuannya mengenai perkahwinan.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen