Antara Sebab Mengapa Pasangan Yang Baru Berkahwin Perlu Ada Rumah Sendiri.

Pasangan yang bakal berkahwin sering dilemma untuk mencari rumah sendiri terus atau tinggal dahulu di rumah keluarga. Jika pasangan yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi pasti tiada cara lain iaitu untuk tinggal dirumah keluarga buat sementara waktu.

Ada juga pasangan yang telah berkahwin terpaksa tinggal dirumah ibu bapa kerana ekonomi yang belum stabil dan sukar untuk mencari rumah dalam bajet mereka. Walaupun perasaan malu yang tebal, sudah tentu terpaksa menumpang dirumah keluarga juga sementara mencari rumah sendiri.

Punca lain sukar mencari rumah adalah harga sewa yang mahal, jauh dari tempat kerja malah pasangan yang tidak mempunyai kenderaan untuk pergi ke pejabat. Hal-hal sebegini pasti akan menjadi bertambah serabut apabila memiliki pasangan yang tidak bekerjasama.

Fikirlah secara positif dan anggap ini sebagai cabaran dalam perkahwinan. Susah-susah dahulu, senang kemudian. Oleh sebab itu, anda dan pasangan harus memikirkan cepat tentang tempat tinggal ini kerana jika mempunyai rumah sendiri…



1. Mengajar anda untuk berdikari dan tidak bergantung pada keluarga.

Jika selama ini terlalu bergantung pada keluarga, bila masuk alam berumah tangga semuanya mesti dibuat sendiri. Ia mengajar anda untuk belajar berdikari serta belajar menyelesaikan masalah.

2. Memberikan peluang merancang kehidupan berumah tangga serta ada privasi.

Pasangan akan ada lebih masa bersama dan boleh membuat banyak perkara bersama tanpa ada campur tangan keluarga.

3. Menjaga Ekonomi keluarga.

Pasangan baru berkahwin boleh belajar menjaga ekonomi dalam rumah tangga. Berbelanja ikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit minta keluarga, sekarang bila sudah berkahwin, susah senang anda tanggung bersama.



4. Keluarga tidak masuk campur jika berlaku masalah rumah tangga.

Malu juga apabila anda dengan pasangan bergaduh, diketahui cepat oleh ahli keluarga. Jadi dengan adanya rumah sendiri dan jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu. Keluarga tidak boleh masuk campur kerana rumah berasingan. Pasangan juga belajar berkompromi bertolak ansur serta menguruskan konflik keluarga tanpa ada campur tangan orang lain.

5. Bebas mengatur kehidupan berumah tangga tanpa campur tangan ahli keluarga dan bertanggungjawab terhadap kehidupan baru yang dibina. Ini kerana ia sering terjadi apabila ibu sendiri atau ibu mertua yang masuk campur untuk perbetulkan hubungan anak-anaknya.

6. Apabila jauh merindu-rinduan.

Seperti kata pepatah ‘Jauh bau bunga dekat bau tahi’. Apabila duduk sebumbung, ada sahaja isu yang mahu digaduhkan. Ada sahaja yang tidak berpuas hati. Jadi, apabila rumah berjauhan ini barulah terasa rindu di hati dan mahu melawat.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen