Apa Yang Lelaki Harapkan dari Sebuah Perhubungan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kerap kali kita ambil tahu apa yang wanita lebih mahukan dalam perhubungan sehinggakan mengabaikan apa yang lelaki mahukan. Baik lelaki mahupun wanita pasti mempunyai kemahuan yang tersendiri dalam hubungan yang terbina. Masing-masing tidak boleh hanya mementingkan kemahuan sendiri, jadi kemahuan pasangan juga perlu jadi keutamaan. Mari ambil tahu apa yang lelaki mahukan dari sebuah perhubungan.



1. Pujian dari pasangannya.

Walaupun lelaki ini mempunyai ego yang tinggi tetapi mereka ini tetapi ingin dimanja. Maka dengan itu, melalui satu pujian yang ikhlas mampu membuat si lelaki ini dihargai. Sebab itu lelaki ini akan kerap berubah gaya dan penampilan mereka. Itu semua kerana inginkan sedikit pujian dan perhatian dari anda lah.

2. Dihormati pasangan.

Bukan inginkan hadiah mahal ataupun kata-kata yang romantik yang dimahukan. Tetapi cukup jika pasangannya itu menghromati dirinya dan tidak merendahkan dirinya. Hal ini kerana, mereka ini mempunyai satu ego yang mudah tercalar apabila dirinya itu tidak dihormati pasangannya. Jadi hati-hati dengan kelakuan anda.

3. Tempat luahkan perasaan.

Selalunya kita dengar wanita perlukan pendengar yang setia bukan? Lelaki juga begitu. Dia mahu pasanganya menjadi pendegar setia dalam segala masalah yang dihadapi. Tidak dapat membantu tidak mengapa tetapi cukup sekadar mendengar dan memahami masalah yang dirinya hadapi.


4. Waktu untuk diri sendiri.

Lelaki tidak suka dikongkong serta dikawal. Jika anda melakukan hal itu kepada dirinya, maka ia akan cepat berubah. Jadi lelaki hanya perlukan masa untuk dirinya sendiri ataupun rakan-rakannya. Kalau anda dapat memahaminya dengan baik pasti dia juga akan cuba memahami anda. Mereka ini cuma waktu itu hanya untuk pergi lepak bersama rakan-rakannya ataupun bermain video game.

5. Perhatian.

Disebalik keegoan seorang lelaki, dirinya juga mahukan perhatian dan belaian manja dari pasangannya. Ia sama sahaja dengan wanita, iaitu cukup sekadar mengucapkan selamat malam mahupun selamat pagi. Tidak pun bertanya akan rutian hariannya serta masalah yang dihadapinya. Walaupun sedikit sahaja perhatian yang diberi, ia cukup buat dirinya.

Tidak susah pun kemahuan lelaki ini, kebanyakannya kemahuan ini sama sahaja dengan kemahuan wanita. Jadi sebagai pasangan tidak salah jika saling memahami dalam kemahuan masing-masing. Baru lah hubungan yang dibina itu harmoni.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen