10 Fakta Dalam Memilih Jodoh Yang Anda Perlu Tahu.

Apakah beza MEMILIH  dengan MENCARI? Apakah perbezaan dalam MEMILIH jodoh dengan MENCARI jodoh? Apabila dengan kaedah MENCARI, kita lebih mencari secara rawak. Kita hanya mencari apa yang kita pandang secara kasar. Dengan kaedah MEMILIH pula, sudah tentu kita pilih mana yang betul-betul berkenan di hati.



Contoh;

“Aku nak cari jodoh kat area Selangor lah, nanti senang nak pilih yang dekat dengan rumah mak..”

Jadi, hati-hati dalam memilih kerana anda perlu tau tentang 10 fakta ini dalam memilih jodoh…

1. Manusia itu tidak sempurna.

Kerana yang sempurna adalah ALLAH SWT. Dalam memilih jodoh, kita terlalu memilih yang sempurna di mata. Jadi, jangan terlalu mengharap jodoh yang dipilih itu sempurna dari segi semua aspek. Terima kekurangan mereka, dan sama-sama perbaiki.

2. Sentiasa berkenalan.

Bukan sahaja di awal perkenalan perlu tahu tentang latar belakang seseorang, bahkan apabila telah berkahwin juga peru sentiasa mengenali pasangan. Ini kerana manusia akan mengalami perubahan sikap yang kita tidak akan jangkakan setiap masa.



3. Manusia tidak boleh membaca fikiran.

Jangan terpengaruh dengan filem Hollywood bahawa manusia boleh membaca fikiran manusia yang lain. Tidak kira lelaki atau wanita, cubalah menjadi telus dalam komunikasi. Jangan berteka-teki dengan pasangan.

4. Duit adalah masalah utama manusia.

Tidak kira waktu, masa dan apa jua golongan manusia sekalipun, masalah utama dalam hidup adalah duit. Siapa sahaja tiada masalah duit di dunia ini? Jadi, apabila berkenalan dengan seseorang yang mempunyai masalah kewangan, bukan tinggalkan tetapi sama-sama mencari solusi.

5. Manusia perlukan tempat sokongan.

Oleh kerana itu setiap insan akan murung jika tidak meluahkan perasaan. Sama ada lelaki atau wanita, dua-dua pihak memerlukan sokongan antara satu sama lain. Dalam pemilihan jodoh, perlu persiapkan diri untuk sentiasa memberi sokongan, bukan tidak ambil peduli.

6. Pasangan bermaksud pasukan.

Dalam berpasangan perlu belajar untuk membuat sesuatu perkara secara berpasukan. Seperti point nombor 5, oleh sebab itu manusia ini memerlukan sokongan antara satu sama lain. Jika pasukan yang tiada sokongan, bagaimana hubungan tersebut mahu berkekalan?



7. Banyakkan bersabar.

Manusia ini banyak kerenah. Jadi, jangan mengharapkan semua manusia itu mempunyai sama sikap. Dengan perubahan sikap manusia ini, anda perlu banyak bersabar supaya di alam perkahwinan nanti, anda akan menjadi orang yang sabar menempuh dugaan.

8. Manusia ini ego.

Jadi, belajarlah dan didik diri dari sekarang untuk menjadi seorang yang pemaaf. Jika terbawa-bawa dengan sikap ego tersebut, siapa sahaja yang tahan dengan sikap anda sebegitu rupa? Pasti sukar untuk jodoh mendekati anda kelak.

9. Banyakkan menimba ilmu.

Dalam memilih bakal suami/isteri, dugaan yang datang pasti tidak dapat dijangkakan. Sama ada dugaan kecil atau besar. Jadi, persiapkan diri untuk menimba segala ilmu supaya anda tahu selok belok sebelum menempuh alam perkahwinan.

10. Impian sebelum berkahwin yang belum tentu dapat dicapai.

Jika semasa dalam memilih jodoh, banyak perkara yang anda impikan untuk hidup bersama. Jangan ingat semua yang dirancang, akan dapat dicapai secara 100%. Jadi, didik diri untuk redha dengan ketentuan-Nya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen