Mahu Hubungan Yang Berkekalan, Amalkan ‘6K’ Ini.

Setiap pasangan pasti inginkan hubungan yang berkekalan. Dari awal perkenalan hingga lah ke alam perkahwinan. Dalam melayari alam perkahwinan, pasti inginkan tiada perceraian. Namun tidak semua pasangan menemui kebahagiaan di dalam perkahwinan. Mungkin kurangnya ilmu kekeluargaan dan keagamaan untuk diterapkan.

Bagi mereka yang baru melangkah ke alam rumah tangga atau mereka yang telah lama melayari bahtera perkahwinan, jom amalkan ‘6 K’ ini…



1. Komunikasi.

Seperti yang anda tahu komunikasi adalah salah satu aspek penting untuk membentuk satu hubungan. Hubungan cinta adalah hubungan yang memerlukan dua pihak banyak berkomunikasi kerana ia melibatkan dua jantina yang berbeza. Wanita dan lelaki adalah mahkluk yang berbeza dari semua aspek, untuk mencapai keserasian dalam hubungan sudah tentu dua pihak ini perlu ada bahasa cinta yang sama.

Jika cara berkomunikasi sahaja telah membuat dua pihak tidak mencapai keserasian, bagaimana untuk menjalinkan hubungan cinta yang lama kelak?

2. Keyakinan.

Apabila sudah mencapai tahap keserasian dalam komunikasi, keyakinan untuk hidup bersama perlu ada dalam diri sendiri malah pada pasangan. Jika tiada keyakinan untuk meluahkan perasaan suka dan cinta, pasti tiada keyakinan untuk menjalinkan hubungan ke arah yang serius. Setiap pasangan harus ada perasaan yakin yang terdetik dalam naluri hatinya apabila bersua.

3. Kepercayaan.

Untuk mencapai keyakinan yang tinggi, perlu adanya kepercayaan dalam diri masing-masing. Jika tiada rasa percaya pada pasangan, sudah tentu tiada keyakinan untuk melamar apatah lagi untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dalam kepercayaan juga adanya kejujuran, saling menghormati dan menghargai supaya hubungan tidak berlandaskan cinta semata-mata.



4. Kerjasama.

Apabila telah peroleh kepercayaan dari segi semua aspek, sudah tentu secara automatik mahu bekerjasama majukan hubungan ke arah yang lebih baik. Sama ada pekerjaan, untuk tingkatkan pendapatan, malah hubungan yang lebih memelihara keagamaan.

Kerjasama ini penting kerana dalam sebuah perhubungan, ia ibarat satu pasukan. Jika seorang sahaja yang banyak berkorban dan menyumbang, hubungan itu sia-sia sahaja.

5. Kesetiaan.

Kesetiaan bukan diukur pada paras rupa. Kesetiaan juga bukan diukur melalui umur seseorang. Kesetiaan itu terjadi apabila sesebuah hubungan mengalami konflik, tetap SAMA-SAMA selesaikan masalah tersebut. Tidak kira apa yang terjadi, masih lagi BERSAMA dan tidak bergantung pada pihak KETIGA. MALAH TIDAK PERNAH TERFIKIR UNTUK CURANG.

6. Kebahagiaan.

Apabila telah capai 5 K di atas, Insya Allah hubungan akan kecapi rasa kebahagiaan tersebut. Tidak salah untuk ungkapkan ‘I love you’ setiap hari. Ucaplah tanpa jemu kerana ungkapan sebegitu juga mampu membuatkan hati masing-masing temui kebahagiaan.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen