5 Sikap Wanita Lelaki Tidak Suka.

Oleh: Rafi

Adakala wanita benar-benar menjengkelkan golongan lelaki hingga menjadi nightmare yang sukar untuk dihadapi! Jom semak 5 sifat wanita yang lelaki tak suka.



1. Kuat cemburu.

Bagi saya, wanita terlalu kuat cemburu. Sifat ini seoalah-olah sebati dalam diri seorang wanita. Lebihlebih lagi ketika si lelaki mendapat panggilan telefon daripada rakan wanita, tentunya si teman wanita akan terus naik angin dan menuduh bermacam-macam. Sifat ini jika dibiarkan akan membinasakan lagi sesebuah hubungan. Wahai gadis, tanamlah hati anda dengan sifat percaya kerana bukan semua lelaki tidak jujur!

2. Banyak bercakap.

Adakalanya, saya berasa agak keliru dengan golongan wanita yang terlalu banyak bercakap hingga saya bertanyakan kepada diri saya sendiri, ”adakah itu mulut atau motor?”. Malah belum sempat menarik nafas sepenuhnya pun belum tentu ayatnya menemui perkataan penamat. Perbualan memang penting tetapi jangan berbual kosong tanpa henti. Golongan lelaki bukan dicipta untuk menjadi ‘serangan audio’, jadi fikir-fikirkan.



3. Sikap pentingkan diri.

Jika diperhatikan, golongan lelaki memang mempunyai sifat yang cool, penyabar, bersungguhsungguh dan sentiasa inginkan segala yang terbaik agar teman hidupnya memiliki kehidupan yang bahagia dan lebih sempurna. Saya akui, sifat-sifat itu tadi memang hadir secara semulajadi dalam diri semua lelaki. Namun, itu tidak bermakna wanita boleh mengambil kesempatan demi keselesaan mereka. Sentiasa ingatkan diri anda, wahai si gadis, bahawa lelaki juga punya tahap kesabaran dan perasaan.

4. Menunggu lama untuk dia bersolek!

Benar, solekan itu penting untuk menjadikan wajah kelihatan cantik, sedap mata orang lain memandang selain memberikan keyakinan dalam diri setiap wanita. Apatah lagi untuk menambat lagi hati si lelaki agar terus mencintainya. Tetapi, kalau lelaki itu terpaksa menunggu solekannya siap hingga 4 jam untuk keluar dating, golongan lelaki memang tidak akan faham mengapa begitu lama. Mungkin juga masalah ini adalah yang paling sukar untuk diterima dalam dunia!



5. Mengganggu ‘konsentrasi’ ketika menonton perlawanan bola.

It’s such a heaven for us to be able to watch football! Ketika itu, jangan haraplah mana-mana lelaki mampu bersabar dengan sebarang gangguan. Paling menggeramkan, ketika hati penuh berdebar pada saat genting perlawanan, saat itu jugalah si dia hendak bertanya, “Eh, bang, sayur dah nak habis. Nak beli sayur apa ya esok?”. Wahai wanita, saya ingin berkongsi satu rahsia. Minda lelaki hanya tertumpu pada perlawanan dan disebabkan itu juga sifat suka bersaing begitu sinonim di kalangan lelaki. Ini sekaligus menjadikan
lelaki sebagai ‘pemburu’ terbaik untuk menyediakan segala keperluan sempurna untuk wanita. Nasihat saya, duduk saja diam-diam dan peluk si dia sambil berkata dalam hati, “Aku bersyukur kerana mempunyai ‘pemburu’ yang mahukan keselesaan untuk kita berdua!”.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen