Temui Kesejahteraan Di Dalam Rumah Tangga Dengan Amalan Ini.

Siapa sahaja tidak mahu rumah tangga yang bahagia dan sejahtera. Setiap suami isteri pasti mahukan dua aspek ini kerana rumah tangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Pada mereka yang tidak berusaha untuk mencapai syurga dunia, tidak akan mampu peroleh syurga di akhirat kelak. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.

1. Suami yang ringan tulang seperti menolong isteri untuk membasuh pinggan, sidai baju di ampaian, mandikan anak-anak, menghormati dan patuh pada pendapat isteri.

Sikap ini bukan lah bermaksud suami yang dayus, SUAMI YANG DAYUS ADALAH SUAMI YANG TIDAK MAMPU MEMBIMBING ISTERI KE JALAN ALLAH seperti aurat isteri dan tidak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.

2. Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, Insya Allah rumah tangga akan tenang, sejahtera dan bahagia.

3. Mampu menyelesaikan masalah rumah tangga ibarat jarak masalahnya dari dahi dengan tempat sujud.

4. Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.

5. Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.

6. Keluarga adalah asas hidup. Jika ahli keluarga dalam keadaan sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.

7. Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah" yang bermaksud cemburu. Ia bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.

8. Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah Surah At-Taubah: 128-129.

9. Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat Surah Ibrahim: 40.

10. Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat Surah Al-Ahqaf: 15.

 

Insya Allah, semoga dapat memberi manfaat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen