Mari Kenali Perbezaan Hubungan Yang Matang Dengan Tidak Matang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan cinta yang lama belum tentu mampu memiliki satu perhubungan yang matang. Usia juga tidak akan menjanjikan anda mampu memiliki satu hubungan yang matang. Hal ini kerana, usia dan tempoh jangka masa hubungan tersebut belum tentu menjanjikan apa-apa pada anda. Tetapi tindakan dan usaha pasangan serta anda sendiri akan menentukan adakah hubungan anda matang atupun tidak. Mari kenali perbezaan diantara hubungan yang matang dengan yang tidak matang.



Hubungan yang matang lebih mudah untuk bertolak ansur.

Hubungan yang matang lebih mudah untuk berkompromi. Di mana pasangan anda tidak akan terus menghakimi segala perkara yang berlaku. Mereka ini lebih mudah untuk dibawa berbincang dan menyelesaikan masalah yang anda. Setiap keputusan yang diambil itu bukan hanya melebihkan dirinya sahaja tetapi juga mengutamakan hubungan anda. Dalam erti kata lain, sama-sama berpuas hati terhadap langkah yang diambil itu.

Hubungan yang tidak matang lebih ingin perasaannya didengari.

Apabila ia melibatkan pergaduhan, setiap pasangan akan membela diri mereka sendiri tetapi diakhirnya akan mencapai kata sefahaman. Itu jika hubungan itu matang. Jika tidak matang, mereka ini lebih mengutamkan perasaan mereka. Sebagai contoh, mereka akan mendakwa mereka lebih disakiti serta lebih banyak berkorban dalam hubungan. Itu belum lagi jika menyalahkan anda di atas setiap perkara yang berlaku.


Hubungan yang matang lebih menghargai perasaan pasangan.

Pasangan anda akan cuba untuk memahami anda tanpa anda memintanya. Mereka ini tahu, untuk mencapai satu hubungan yang bahagia mereka perlu saling memahami antara satu sama lain. Mereka yang matang ini juga akan bertanya mengenai perasaan pasangannya serta kelakuan dirinya. Di mana mereka ini ingin tahu jika ia ada melakukan tindakan-tindakan yang menguris hati pasangannnya.

Hubungan yang tidak matang hanya membiarkan pasangan merasai segala bersendirian.

Hubungan akan menjadi menarik dan bahagia apabila setiap masalah yang berlaku akan dipikul bersama. Tetapi jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha memperbaiki segala perkara itu bermakna ia bukan satu hubungan yang matang. Hubungan yang tidak matang ini hanya akan melukakan sebelah pihak sahaja, di mana dirinya lebih mementingkan diri. Dalam erti kata lain, dirinya hanya menerima bukan memberi yang terbaik.

Hubungan yang matang dan tidak ini banyak perbezaannya, dan rasa bahagianya juga berlainan. Anda perlu tahu pengakhiran antara hubungan matang dan tidak ini juga berlainan. Jadi hati-hati dengan hubungan yang tidak matang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen