Wanita, Emosi Dan Air Mata….

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa kata wanita begitu lemah dalam menempuhi hari-hari mereka? Siapa kata mereka ini terlalu manja? Siapa kata mereka ini terlalu mudah beremosi? Dan siapa yang kata mereka ini suka menangis? Sebenarnya, seorang wanita ini telah mencuba sehabis baik untuk mengawal segala emosi yang ada dalam diri mereka. Bukan itu sahaja, hanya kerana tidak mahu dipandang lemah wanita juga menahan air mata mereka ini daripada mengalir di pipi mereka.



Emosi.

Pernah lihat seorang wanita ini tampil berkeyakinan dan berani dihadapan orang ramai? Tetapi perasaan mereka ini tiada siapa yang tahu. Di luaran kelihatan begitu yakin tetapi di dalamnya mereka ini sedang berperang dengan emosi mereka sendiri. Sebab itu ada yang menyatakan apabila seseorang wanita itu lambat berkahwin, semakin sukar dirinya untuk mengawal emosi mereka?

Seorang wanita memerlukan kekuatan diri dalam mengawal emosi mereka. Hal ini kerana, apabila dirinya tiada tempat untuk diluahkan maka orang disekelilingnya akan menjadi mangsanya. Tekanan hidup akan membuatkan dirinya terus menerus tertekan dan gagal mengawal emosinya.

Sebab itu pentingnya pasangan yang memahami wanita. Jika pasangannya memahami serta mampu meringankan bebannya maka, berkurang lah rasa terbeban di hati mereka. Jadi mereka ini akan mampu mengawal emosi mereka ini dengan baik. Hal ini kerana, emosi wanita ini adalah satu perkara yang sangat penting dalam satu perhubungan serta kehidupan.

Sebagai contoh, jika seorang wanita ini gagal mengawal emosinya dengan baik, ia akan memberi tekanan kepada pasangannya secara langsung membuat orang disekeliling mereka turut rasa tertekan. Bukan itu sahaja, contoh lain seperti wanita selepas bersalin, jika emosinya tidak dijaga dengan betul ia akan menjadi meroyan yang akan melakukan satu tindakan tanpa menggunakan kewarasan akal.


Air mata.

Sebab itu lah apabila mereka ini sendiri tidak mampu untuk mengawal emosi mereka dengan baik, mereka akan menangis. Satu tangisan ini mampu menenangkan diri mereka. Mereka bukan sengaja untuk menangis tetapi emosi dan air mata ini satu hal yang berkait rapat.

Jika satu rasa itu tidak mampu diluahkan melalui mulutnya maka dengan air mata lah dirinya meluahkan perasaan. Air mata yang keluar itu adalah salah satu cara bagaimana dirinya cuba untuk memujuk dan mengawal diri serta emosinya. Perkara ini terjadi apabila dirinya merasakan tiada yang cuba untuk memahami apa yang mereka rasai.

Emosi wanita akan mudah terganggu dalam sekecil-kecil perkara hingga membuatkan dirinya menangis seperti kanak-kanak yang kehilangan permainan. Jadi jika anda mahu seorang wanita itu bahagia disamping anda, fahami emosinya dan jangan biarkan air matanya mengalir di pipinya.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen