Jangan Berkahwin Hanya Kerana Cinta Semata-Mata. Pandang Juga 4 Sifat Ini Pada Pasangan.

Sering kita mendengar setelah berkahwin lelaki mengharapkan wanita itu tidak berubah, manakala wanita mengharapkan lelaki itu akan berubah. Kenyataan sebegini walaubagaimanapun mengelirukan sesetengah pihak.

Ini kerana perubahan setiap manusia setelah berkahwin tidak konsisten. Sikap dan mood manusia sentiasa berubah mengikut situasi, umur dan masa. Semakin meningkat umur, semakin sensitif manusia pada keadaan sekeliling termasuk lelaki. Jadi, ia memang tiada jaminan perubahan tersebut adalah untuk kebaikan.



Jika anda tidak mampu menerima seseorang atau membayangkan untuk hidup bersama mereka seadanya, maka, jangan berkahwin dengan mereka. Perbezaan ini termasuklah fikrah, pendapat dalam beragama, tabiat, kebersihan, skil komunikasi dan sebagainya.

Semua pasangan mesti berpendapat keserasian adalah penting untuk mengeratkan hubungan disamping cinta yang tersemai, tetapi tidak melebihkan sifat yang ada dalam diri pasangan. Idea untuk "jatuh hati'' sepatutnya tidak menjadi sebab utama untuk mengahwini seseorang kerana cinta sangat mudah dikelirukan di antara keberahian dan nafsu.

JADI, ANTARA SIFAT YANG PERLU DITITIK BERATKAN DALAM PEMILIHAN PASANGAN ADALAH…

1. Rendah diri.

Orang yang merendah diri tidak pernah memaksa orang lain tetapi selalu berbuat baik kepada yang lain. Mereka meletakkan nilai-nilai dan prinsip mengatasi keselesaan dan kesenangan diri. Mereka tidak cepat marah, bersederhana dan menjauhi materialisme.

2. Baik hati.

Orang yang baik hati adalah seorang pemberi. Mereka mencari kesenangan dan cuba untuk mengurangkan kesakitan orang lain. Cara untuk mengetahui sama ada seseorang itu adalah pemberi, perhatikan cara dia melayan keluarga, adik-beradik dan juga ibu bapanya.



Adakah mereka berterima kasih terhadap ibu bapa mereka untuk setiap pengorbanan yang dilakukan? Jikalau tak, maka ketahuilah mereka tidak akan menghargai anda untuk apa yang anda lakukan.

Bagaimana mereka melayan orang yang seperti cashier, pekerja di Mall, promoter dan seumpama dengannya?

Bagaimana mereka menghabiskan wang mereka?

Bagaimana mereka mengawal kemarahan, kemarahan mereka dan juga cara mereka bertindak terhadap kemarahan orang lain?

3. Bertanggungjawab.

Orang yang bertanggungjawab adalah mereka yang mempunyai kewangan, pekerjaan, hubungan dan sikap yang stabil. Anda boleh bergantung kepada mereka dan percaya apa yang mereka katakan.

4. Bersyukur.

Kadang-kala kita sendiri tertanya-tanya, bagaimana orang yang bergaji kecil mampu bahagia? Ini kerana mereka selalu bersyukur. Mereka sentiasa cukup dengan apa yang mereka miliki walaupun sedikit. Mereka rasa senang dengan diri dan kehidupan mereka. Mereka fokus dengan apa yang mereka miliki dan bukannya apa yang mereka tidak miliki. Mereka jarang sekali merungut.

Kesimpulannya, lihat lah 4 sifat ini pada pasangan anda supaya anda tidak menyesal setelah berkahwin kelak.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen