3 Bahaya Mempunyai Rahsia Di Dalam Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan mempunyai rahsia, tetapi setiap rahsia yang disimpan itu hanya akan mengundang bahaya buat kalian. Mengapa? Apabila salah seorang mempunyai rahsia yang tidak mahu diberitahu, ia akan menghilangkan rasa bahagia dan nikmatnya di dalam perhubungan tersebut. Segala perkara akan berubah walaupun pada ketika itu kalian sedang berbahagia. Mari ketahui apa bahaya menyimpan rahsia daripada pasangan.



1. Membahayakan masa depan hubungan.

Apabila anda sentiasa berahsia dalam hubungan anda, ia akan berbalik kepada hubungan anda sendiri. Di mana ia akan melukakan anda semula. Hal ini kerana, setiap rahsia yang tersimpan itu akan menghalang hubungan anda daripada untuk terus berkembang dengan sihat. Di mana ia menghalang pasangan anda untuk menyayangi anda dengan lebih lagi. Hal ini kerana, mereka akan mula berwaspada terhadap anda. Mereka juga merasakan anda bukan seseorang yang tepat untuk dirinya.

2. Menyebabkan timbulnya insecure dan serba salah.

Pasangan anda akan mula ragu-ragu dengan anda. Di mana ia akan mula mencari tahu apa rahsia yang anda sembunyikan. Dan pelbagai perkara negatif akan bermain di fikirannya hingga menyebabkan dirinya mula menjauh dan tidak mempercayai anda. Bahkan ia akan menimbulkan rasa serba salah bagi pihak anda, di mana anda tidak tahu adakah dirinya berhak tahu akan rahsia yang anda sembunyikan dan apa yang dirinya akan lakukan sekiranya tahu mengenai rahsia tersebut.


3. Rahsia ini hanya akan melukakan diri anda sahaja.

Mengapa ia melukakan diri anda? hal ini kerana, pasangan anda akan mula mengabaikan anda. Dirinya akan beranggapan bahawa anda tidak lagi penting seperti anda tidak mementingkan dirinya kerana berahsia. Dari situ anda boleh lihat bukan siapa yang paling terluka? Biasanya sebelah pihak yang mempunyai sifat ingin tahu akan mula mengabaikan anda apabila anda tidak mahu berkongsi sesuatu dengan mereka ini.

Tidak semua rahsia anda perlu kongsikan bersama pasangan anda, tetapi anda harus berlaku jujur sahaja jika ia mengenai anda. Jangan membiarkan dirinya terus tertanya-tanya nanti anda juga yang terluka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen