Apabila Telah Berkahwin, Wanita Perlu Tahu 6 Perkara Ini Tentang Lelaki.

Bagi kaum wanita zaman sekarang, ada sebahagian daripada mereka mahu berkahwin hanya kerana mahu pelamin yang cantik dan anak yang comel. Tetapi disebalik keindahan tersebut, mereka seolah-olah menutup mata untuk tidak melihat keadaan sebenar alam perkahwinan.



Bagi mereka realiti perkahwinan hanyalah untuk menakut-nakutkan orang zaman sekarang supaya tidak berkahwin. Padahal ia adalah kesedaran bagi anak muda supaya tidak memperlekehkan perkahwinan dengan perceraian. Asal bergaduh bercerai. Asal bertengkar sedikit, bercerai.

Jadi kaum wanita wajib tahu tentang 6 perkara ini…

1. Lelaki yang menjadi suami anda itu adalah ketua keluarga anda.

Ketua keluarga bermaksud pemimpin rumah tangga. Jadi sebagai seorang isteri anda wajib taat pada suami selagi ia berlandaskan Islam. Seperti anda bekerja pada sesebuat syarikat, sudah tentu anda perlu taat pada majikan dan lakukan sebarang kerja yang telah diberikan, bukan? Jadi, kenapa anda tidak boleh lakukan perkara tersebut kepada suami sendiri?



2. Suami anda kadang kala romantik, kadang-kala tidak.

Ketahuilah anda ini adalah realiti dan bukan fantasi. Lelaki kadang-kala terlupa untuk menjadi romantik kerana terlalu fokus pada kerjanya. Mereka juga terlupa bahawa mereka pernah romantik pada awal perkenalan kalian berdua. Jika suami sudah kurang bersikap romantik, ingatkan mereka apa yang mereka telah lakukan ketika di awal perkenalan tersebut.

3. Suami bukan ‘Mahkamah’ anda.

“Saya bantah…”

Semua perkara yang suami cuba lakukan anda membantah secukup-cukupnya. Seperti tiada ruang untuk dirinya memperbetulkan sesetengah isu. Ada sahaja perkara yang anda mahu bantah. Elak membangkang tanpa mendengar luahan dan pendapatnya. Kerana ia bakal membuatkan suami anda terancam dan rendah diri.

4. Suami anda pun ada emosi.

Jangan ingat semua lelaki itu tiada emosi. Mereka juga manusia biasa dan mempunyai emosi, Cuma emosinya bijak dikawal tidak seperti wanita. Fikirannya lebih rasional berbanding wanita. Jika mereka mempamerkan emosinya secara berlebihan, bagaimana seorang wanita mahu menganggap lelaki ini sebagai hero dalam keluarga?



5. Suami anda juga ada perasaan cemburu.

Jika anda mula bercerita tentang rakan sekerja yang berlainan jantina, hati lelaki mana yang tidak cemburu. Sudah tentu mereka akan berasa curiga dan cemburu, tetapi cuba untuk dikawal kerana mereka lebih rasional daripada wanita. Jangan ingat jika mereka tidak mengatakan cemburu, mereka tidak cemburu. Lihat sahaja perbuatannya, pasti lebih protective. Jika mereka tidak mempamerkan melalui kata-kata, pasti ia akan terlihat melalui perbuatan.

6. Suami anda memang suka pendam perasaan.

Apabila berlaunya masalah dikalangan suami isteri, suami lebih mendiamkan diri dan memendamkan perasaan. Berlainan dengan wanita dimana mereka lebih suka meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati. Jadi, jika berlaku situasi begini wanita harus bijak mengatasinya.



 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen