Sudah Tanggungjawab Suami Untuk Sentiasa Menggembirakan Isteri.

Menjadi seorang suami sudah tentu tidak mudah kerana bakal menggalas tanggung jawab yang besar. Isteri adalah amanah daripada Allah SWT untuk dijaga. Jika tidak dijaga dengan betul dan tidak berlandaskan Islam, sudah tentu seorang suami itu derhaka kepada Allah SWT kerana tidak menurut perintah dari-Nya.



Seorang suami juga adalah seorang pemimpin dan imam di dalam keluarga, oleh itu segala perkara yang dilakukan haruslah dimulakan dengan dirinya sendiri. Jika dirinya lalai dan tidak mudah menerima nasihat malah kata-kata daripada isteri sendiri hanya kerana ego, khuatir isterinya tidak kuat untuk menempuh dugaan yang bakal datang keseorangan. Tempat seorang isteri sudah tentu disisi suaminya.

Jom ikuti seperti kisah ini…

“Kelemahan terbesar saya adalah saya terlalu fokus kerja sampai saya terlepas pandang dan KURANG PERASAN dengan apa yang isteri saya dah buat untuk saya dan anak-anak…

Bila saya KURANG PERASAN, KURANG MEMUJI dan KURANG MENGHARGAI sebenarnya saya sedang RAMPAS HORMON DOPAMINE isteri saya…

Padahal hormon dopamine ni sangat la penting untuk naikkan balik semangat dan motivasi dalaman isteri saya!..



Hormon dopamine ni akan meningkat kalau saya selalu menghargai dan puji isteri saya kerana benda ni semua adalah 'social reward' pada otak isteri saya…

Tapi..

Inilah kelemahan terbesar saya, saya kurang menghargai dan memuji!

Tu la kenapa saya selalu bagi isteri saya 'shopping'. Paling saya suka sebenarnya kalau isteri saya 'online shopping' je sebab perasaan teruja menunggu barang sampai dan membuka bungkusan ( anticipating the reward ) tu la yang akan membuatkan dopamine isteri saya makin cepat meningkat!

Tak percaya cuba korang tengok mimik muka isteri korang masa dia baru buka bungkusan atau parcel yang sampai tu. Berbunga bunga dan berseri wajahnya kan? Tu lah tanda dia sedang BAHAGIA.

Ni la cara saya tutup kelemahan saya yang selalu sibuk dan kurang memuji dan menghargai. Apa pun, saya akan tetap cuba baiki diri. Doakan saya!” –Taufiq Razif-


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen