Curang Bukanlah Jalan Penyelesaian Ketika Hubungan Semakin Renggang, Tetapi Percaya Antara Satu Sama Lain Adalah Caranya.

Bagi pasangan yang saling percaya antara satu sama lain, mereka percaya ia lagi menguatkan perasaan cinta. Jika hubungan menjadi semakin jauh dan renggang, curang bukan lah jalan penyelesaian terbaik, tetapi anda berdua sedaya upaya melakukan seperti berikut…

1. Menyuburkan perasaan kasih dan sayang.

Apabila anda sayang padanya, anda akan mempercayai si dia sepenuh perasaan. Segala tohmahan negatif dapat disingkirkan dan anda akan lebih mengenalinya apabila cinta subur sentiasa. Ucapkanlah kata-kata sayang agar si dia juga merasai kehangatan ikatan anda berdua.



2. Mempercayai kata-katanya.

Percaya adalah sesuatu yang mesti diterapkan dalam perhubungan. Sekiranya anda tidak percaya dengan pasangan, perhubungan akan menjadi tegang dan tiada lagi rasa sayang akan terjalin. Apabila anda ingin bersamanya, terapkan perasaan percaya atas segala apa yang si dia lakukan.

3. Memberi ruang pada pasangan untuk meluahkan perasaan terlebih dahulu.

Ada kebaikannya apabila anda mendengar luahan kata si dia terlebih dahulu daripada mendengar gosip lain yang tidak pasti kesahihannya. Selidiki dengan cara yang positif dan ambil langkah terbaik dengan mempercayai kata-katanya.

4. Jujur adalah salah satu sikap yang perlu diterapkan.

Anda perlu jujur dengan pasangan. Apabila sikap jujur diterapkan, maka kepercayaan terhadap si dia akan meningkat. Seterusnya tiada apa yang perlu dirisaukan kerana anda berdua sentiasa jujur dan memberitahu segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.



5. Mahu berkongsi apa jua kisah tidak kira baik atau buruk.

Berkongsilah cerita anda berdua, dikala sebelum bermulanya bibit percintaan bersama. Ini dapat meningkatkan kesedaran dan rasa sayang yang seterusnya membuatkan anda percaya pada pasangan. Dari sini anda akan ketahui sebab yang membuatkan mengapa dia boleh dipercayai dan dijadikan pasangan.

6. Tidak mudah merajuk dengan perkara yang tidak pasti kesahihannya .

Usah merajuk atas perkara yang tidak pasti. Ini akan menyakiti hati si dia dan memburukkan lagi keadaan. Apabila anda tanamkan kepercayaan padanya segala perlakuan negatif dapat dielakkan. Peluklah pasanganmu dengan erat apabila anda terlepas kata yang menggugat kepercayaanmu itu. Tanamkan di minda bahawa si dia setia padamu.

7. Meluangkan masa bersama dihujung minggu.

Sentiasa meluangkan masa bersama di hujung minggu. Ini akan mengeratkan perhubungan seterusnya ikatan tambah bahagia tanpa prasangka buruk. Kepercayaan juga semakin menebal apabila anda dan si dia sentiasa berdua.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen