Allah Mahu Kita Menunggu Jodoh Yang Terbaik Kerana Perjalanan Hidup Ini Bagaikan Tiada Penghujungnya.

Semasa di sekolah, di tempat kerja mahupun di universiti kita sering diarah untuk melakukan sesuatu kerja pada masa yang telah ditentukan oleh guru-guru atau majikan. Semuanya ada deadline. Segala perkara yang kita lakukan secara duniawi pasti ada masa dan waktu yang telah ditetapkan. Jika lebih pada masa dan waktu tersebut, pasti akan dikenakan hukuman dan seumpama dengannya, bukan?

Berkenaan dengan kehidupan, kita juga pasti akan melihat ada yang berjaya walau di usia yang sangat muda. Ada yang berjaya walaupun sudah kelihatan helaian ubannya. Ada yang umur hampir 30 sudah menjadi menteri, tetapi kita masih terkedek-kedek mencari pasangan di hati.



Ada yang berkahwin muda dan memiliki anak yang ramai sebelum mencecah umur yang tua. Ada juga masih lagi tidak bertemu jodoh, bagaikan hidup sudah sampai ke pengakhiran kerana tidak mengecapi kebahagiaan. Bagaikan hidup sudah sampai ke penghujungnya kerana tiada pasangan.

Namun sedemikian, berkenaan dengan jodoh pula , kita berurusan dengan Allah SWT, dengan cara berusaha, berdoa dan bertawakal. Tetapi tidak pula diberi ‘deadline’ oleh-Nya. Kerana kehidupan kita bukan sahaja di atas dunia yang nyata ini sahaja, hidup kita sudah bermula dari azali hinggalah ke syurga atau neraka. Memang tiada penghujung.

Cuma ia mempunyai jalan cerita yang berbeza pada setiap manusia. Sama ada bahagia hingga ke syurga atau tragis, yang pasti kita sebagai manusia biasa ia tidak masuk dek akal. Semuanya rahsia Allah SWT.

Apabila lambat bertemu jodoh, mungkin Allah mahu kita belajar sesuatu yang kita belum lagi pelajari…

Allah mahu kita mencuba tanpa berputus asa…



Allah mahu kita hidup dalam kekecewaan dan kadang-kala menderita, kerana hidup tak semestinya indah sentiasa…

Mungkin juga Allah mahu memberi amaran kepada kita tentang sesuatu atau seseorang yang belum dapat membuka mata kita…

Allah juga sebenarnya mahu kita menghadapi hidup ini dengan lebih tenang dan sabar, kerana kehidupan sudah tentu mempunyai pelbagai cabaran kelak…

Setiap hari dan setiap pagi kita diberi peluang untuk hidup setelah bangun tidur, tidakkah anda begitu bersyukur kerana berpeluang untuk berkenalan dengan orang baru?

Jika anda meletakkan atau menetapkan masa untuk gembira. Oleh kerana itu anda sering mempersoalkan, kenapa anda tidak boleh bahagia seperti orang lain? Padahal anda boleh sahaja bahagia tanpa meletak ‘deadline’ tersebut.

Oleh kerana jalan hidup ini tiada penghujungnya, berdoalah setiap hari tanpa jemu. Jangan lah anda berfikir, hari ini mahu berdoa, hari esok tiada doa. Tetapi tetap juga menunggu jodoh yang tidak tahu bila tibanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen